Rabu, 30 Mac 2016

6TH MEETING (17 MARCH 2016/KHAMIS)

Baik lah,, Hari ini merupakan mesyuarat yang keenam. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada anak-anak buah yang tidak dapat hadir pada mesyuarat yang kelima sebelum ini. Selain itu juga, ketua bagi setiap unit turut dilantik untuk projek gabungan Jalinan Masyarakat Kumpulan 3 dan Kumpulan 4.

Proses pemilihan ketua unit sedang berlangsung
Perbincangan yang penuh semangat

5TH MEETING (16 MARCH 2015/RABU)

Alhamdulillah,pejam celik pejam celik meeting kali ini da masuk meeting yang kelima. Meeting kali ini amat bermakna dan bersejarah. Hal ini kerana, Jalinan Masyarakat Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 mengambil keputusan untuk mengadakan daya usahasama bagi menjalankan projek ini.  Pada kali ini juga, pihak senior iaitu merangkap AJK Perhubungan, Husin turut hadir sama bagi memberikan penerangan dan gambaran yang lebih jelas tentang projek JM ini.

            Menurut saudara Husin , projek gabungan JM  Kumpulan  3 dan Kumpulan 4 ini diadakan di Kampung Manchung yang merupakan Perkampungan Orang Asli. Kami juga diberi keterangan tentang adat orang Asli dan pembahagian tugas setiap biro secara terperinci. Dengan adanya kehadiran saudara Husin kali ini,dapat membantu kami dari pelbagai aspek terutamanya dari aspek belanjawan dan perjalanan program pada hari kejadian.


            Ini sahaja yang dapat dikongsi untuk meeting kali ini, semoga bertemu pada meeting akan datang.. InsyaAllah.

4TH MEETING (15 MARCH 2016 SELASA)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada hari selasa iaitu pada 15 Mac 2016 telah diadakan mesyuarat kali keempat di Kafe Kolej Kediaman Ketiga, Universiti Malaya. Mesyuarat ini hanya melibatkan majlis tertinggi jalinan masyarakat sarjana muda pendidikan kumpulan tiga dan empat. Iaitu melibatkan pengarah, timbalan pengarah, setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari.

Dalam mesyuarat tersebut semua majlis tertinggi berbincang untuk membuat keputusan nama, tema, tarikh untuk program ini. Hasil daripada perbincangan ini nama untuk program ini ialah Program Perkampungan Orang Asli 2016. Selain itu, tema program adalah pengalaman untuk Masyarakat Asli dan tarikh untuk program ini pada 22 dan 23 April 2016.

Dalam pada itu, pengisian mesyuarat tersebut ialah membuat penamaan baharu biro atau unit dan bidang tugas. Selain itu, persempakan Majlis Tertinggi, biro perhubungan perlu membuat tinjaun ke kawasan orang asli.  Dan Biro  program perlu merancang dan melakar aktiviti program dengan sebaik mungkin.

Pada perhujungan mesyuarat ini, Majlis Tertinggi berbincang untuk membuat mesyuarat gabungan kumpalan tiga dan empat pada 16 Mac 2016. Mesyuarat tersebut bermula pada pukul 2.00-3.30 petang di Surau Apium. Untuk makluman juga nama kumpulan tiga ialah Khalifah Muda dan nama bagi kumpulan empat ialah Muslim Idea.

Sekian sahaja untuk kali ini, saya akhiri dengan ucapan terima kasih kerana sudi membaca catatan ini.

THIRD MEETING (14 MARCH 2016 / ISNIN)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pada 14 mac 2016, iaitu pada hari isnin telah diadakan mesyuarat jalinan masyarakat buat kali ketiga, yang mana ianya melibatkan semua divisi . Mesyuarat ini diadakan di sekitar fakulti pendidikan. Mesyuarat tersebut diadakan pada pukul 4.00 petang.

Dalam mesyuarat tersebut pengarah iaitu Muhammad Saiful bin Ramli telah memberitahu tentang gabungan kumpulan tiga dan empat dalam jalinan masyarakat. Kumpalan kami iaitu kumpulan tiga sangat gembira kerana dapat berkerjasama dengan kumpulan empat dalam melaksanakan program ini.

Pengarah menerangkan satu persatu setiap perkara yang akan dilakukan
Dalam pada itu, pengarah juga berbincang dengan setiap ahli bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program ke rumah orang asli . Hasil perbincangan dan persetujuan dari semua pihak, pengarah menetapkan tarikh  program ke rumah orang asli pada 22 dan 23 April 2016.

Dalam pengisian mesyuarat ini, pengarah juga memberitahu divisi yang perlu bergerak awal bagi melancarkan program. Contohnya divisi program dan divisi perhubungan luar perlu membuat tinjaun ke tempat orang asli kerana dengan membuat tinjaun tersebut memudahkan setiap urusan dan dapat merancang aktiviti dengan baik.

Khusyuk mendengar setiap penerangan daripada Saudara Pengarah


 Selain itu divisi penghubungan luar juga perlu menguruskan pengangkutan dan berhubung dengan penduduk kawasan orang asli dengan baik bagi menyempurnakan program ini. Divisi teknikal dan multimedia juga perlu memulakan kerja mereka dengan membuat blog untuk menceritakan hal-hal berkaitan dengan perjalanan gerak kerja sepanjang berprogram bermula.
Sahabat-sahabat sedang fokus mendengar penerangan daripada Pengarah


Hasil taklimat dan perbincangan semua divisi, mesyuarat ini sempurna dilaksanakan. Mesyuarat ini tamat pada pukul 6 petang. Terima kasih kepada semua ahli kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini. Sekian sahaja untuk kali ini,  saya akhiri catatan ini dengan ucapan terima kasih.

2ND MEETING (11 MARCH 2015/JUMAAT)

Pada hari ini, para Majlis Tertinggi Jalinan Masyarakat Kumpulan 3 dan Kumpulan 4 telah membuat perjumpaan di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

                Mereka telah bertungkus lumus untuk merangka Kertas Kerja Projek iaitu program yang akan dijalankan dalam Jalinan Masyarakat nanti.

                Pada masa yang sama jugak , Suzita Binti Madakili telah memperkenalkan ahli-ahlinya dalam Jalinan Masyarakat Kumpulan 4 yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 16 orang perempuan.

Jumaat, 25 Mac 2016

CARTA ORGANISASI JM3

Penasihat : Dr. Asyraf Isyraqi Bin Jamil
Mohamad Saiful Bin Ramli IEB150023
Siti Nur Suhana Binti Aziz IEB150075
Ummi Izyan Binti Talib IEB1500084
Nor Aina Binti Mohamad Ruzaini IEB150036


BIRO TAJAAN
Abdul Halim Binti Jamain IEB150002
Fadzilah Binti Ahmad IEB150011                Aimi Dalila Binti Ahmad Yatim IEB150006


BIRO MULTIMEDIA DAN PUBLISITI
MASTURA BINTI SAPINGI IEB150021
Hanan Najihah Binti Mizan IEB150014                    Rabiatul Adawiyah Binti Kaleh IEB150071


BIRO PENGISIAN DAN PROTOKOL
Nurain Humairah Binti Aluwi IEB150059
Nurnabilah Binti Mohd Khairuddin IEB150063             Siti Zubaidah Binti Moh Zabidin IEB150079


BIRO PERHUBUNGAN LUAR DAN PENGANGKUTAN
Mohamad Zalhan Bin Mohd Sabri
Nurul Sahira Adiza Binti Kamaruzzaman IEB150068

BIRO MAKANAN DAN LOGISTIK

Zulhelmi Bin Razali IEB150087
Nur Fatin Nabila Binti Mohamed IEB150050                 Nur Syafiqah Binti Che Mohd Yusoff IEB150054


BIRO KEBAJIKAN DAN CENDERAMATA
Tambah kapsyen
Tambah kapsyen


BIRO TUGAS-TUGAS KHAS
Tambah kapsyen

Khamis, 24 Mac 2016

FIRST MEETING (8 MARCH 2016/SELASA)

- بسم الله الرحمن الرحيم -

    - السلام عليكم ورحمة الله وبركاته -

     Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kita, yakni ahli Jalinan Masyarakat kumpulan 3 mengadakan sidang perjumpaan buat julung-julung kalinya yang bertempat di Anjung Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  
    Agenda utama perjumpaan pada hari tersebut ialah membuat perlantikan jawatan sekaligus membuat carta organisasi.hasil daripada perbincangan, semua ahli sebulat suara melantik saudara Muhammad Saiful bin Ramli sebagai pengarah untuk JM ini dan dibantu oleh saudari Siti Suhana binti Aziz. Selain itu, kami telah membahagikan setiap ahli kepada beberapa divisi bagi memudahkan lagi kelancaran perjalanan program ini.Setelah itu, borang diedarkan kepada semua ahli bagi mengisi maklumat diri mereka.

Perbincangan kumpulan JM 3
       Selesai sahaja sesi pengisian maklumat diri, kami telah mencadangkan beberapa nama kumpulann. Akhirnya yang mendapat undian ramai adalah Khalifah Muda. 

Sesi bergambar bersama ahli kumpulan Jalinan Masyarakat 3 KHALIFAH MUDA

Isnin, 14 Mac 2016

Khalifah Muda

Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kumpulan 3 Jalinan Masyarakat dapat berkumpul untuk membincangkan tentang program yang akan kami laksanakan nanti.