Khamis, 24 Mac 2016

FIRST MEETING (8 MARCH 2016/SELASA)

- بسم الله الرحمن الرحيم -

    - السلام عليكم ورحمة الله وبركاته -

     Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya dapatlah kita, yakni ahli Jalinan Masyarakat kumpulan 3 mengadakan sidang perjumpaan buat julung-julung kalinya yang bertempat di Anjung Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
  
    Agenda utama perjumpaan pada hari tersebut ialah membuat perlantikan jawatan sekaligus membuat carta organisasi.hasil daripada perbincangan, semua ahli sebulat suara melantik saudara Muhammad Saiful bin Ramli sebagai pengarah untuk JM ini dan dibantu oleh saudari Siti Suhana binti Aziz. Selain itu, kami telah membahagikan setiap ahli kepada beberapa divisi bagi memudahkan lagi kelancaran perjalanan program ini.Setelah itu, borang diedarkan kepada semua ahli bagi mengisi maklumat diri mereka.

Perbincangan kumpulan JM 3
       Selesai sahaja sesi pengisian maklumat diri, kami telah mencadangkan beberapa nama kumpulann. Akhirnya yang mendapat undian ramai adalah Khalifah Muda. 

Sesi bergambar bersama ahli kumpulan Jalinan Masyarakat 3 KHALIFAH MUDA

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah .....tahniah kepada semua ahli kumpulan seramai 21 ahli yang telah meluangkan masa dalam mensyuarat pertama yang di jalankan di Anjung Surau API.

    Segala agenda telah pun berjaya dilaksanakan dengan jaya nya iaitu dalam menubuhkan Jawatan Kuasa, pemilihan tema, menentukan tempat untuk jalinan masyarakat dan menentukan nama kumpulan iaitu Khalifah Muda (kumpulan 3).

    Tahniah saya ucapakan kepada pengarah program yang dapat menjadi The Best Conductor. Terima kasih semua..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah .....tahniah kepada semua ahli kumpulan seramai 21 ahli yang telah meluangkan masa dalam mensyuarat pertama yang di jalankan di Anjung Surau API.

    Segala agenda telah pun berjaya dilaksanakan dengan jaya nya iaitu dalam menubuhkan Jawatan Kuasa, pemilihan tema, menentukan tempat untuk jalinan masyarakat dan menentukan nama kumpulan iaitu Khalifah Muda (kumpulan 3).

    Tahniah saya ucapakan kepada pengarah program yang dapat menjadi The Best Conductor. Terima kasih semua..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakan seperjuangan dalam jalinan masyarakat ini.Dalam meeting pertama ini,saya dapat mengenali sikap kepimpinan dalam diri ahli-ahli kumpulan.Selain itu, ahli kumpulan aktif dalam melontarkan idea masing-masing seperti contoh dalam menentukan nama kumpulan.Walaupun ramai ahli yang mencadangkan nama untuk kumpulan kami tetapi semua ahli yang menyumbang idea dapat menerima keputusan akhir untuk nama kumpulan kami.Kepada semua ahli kumpulan, saya berharap agar kita dapat bekerjasama sehingga program ini selesai.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dan tahniah kepada semua rakan seperjuangan dalam jalinan masyarakat ini.Dalam meeting pertama ini,saya dapat mengenali sikap kepimpinan dalam diri ahli-ahli kumpulan.Selain itu, ahli kumpulan aktif dalam melontarkan idea masing-masing seperti contoh dalam menentukan nama kumpulan.Walaupun ramai ahli yang mencadangkan nama untuk kumpulan kami tetapi semua ahli yang menyumbang idea dapat menerima keputusan akhir untuk nama kumpulan kami.Kepada semua ahli kumpulan, saya berharap agar kita dapat bekerjasama sehingga program ini selesai.

    BalasPadam