بسم الله الرحمن
الرحيم
السلام عليكم
ورحمة الله وبركاته
Pada 14 mac 2016, iaitu pada hari isnin telah diadakan mesyuarat
jalinan masyarakat buat kali ketiga, yang mana ianya melibatkan semua divisi .
Mesyuarat ini diadakan di sekitar fakulti pendidikan. Mesyuarat tersebut diadakan
pada pukul 4.00 petang.
Dalam mesyuarat tersebut pengarah iaitu Muhammad Saiful bin Ramli
telah memberitahu tentang gabungan kumpulan tiga dan empat dalam jalinan
masyarakat. Kumpalan kami iaitu kumpulan tiga sangat gembira kerana dapat
berkerjasama dengan kumpulan empat dalam melaksanakan program ini.
Pengarah menerangkan satu persatu setiap perkara yang akan dilakukan |
Dalam pada itu, pengarah juga berbincang dengan setiap ahli bagi
menentukan tarikh yang sesuai untuk melaksanakan program ke rumah orang asli .
Hasil perbincangan dan persetujuan dari semua pihak, pengarah menetapkan
tarikh program ke rumah orang asli pada
22 dan 23 April 2016.
Dalam pengisian mesyuarat ini, pengarah juga memberitahu divisi
yang perlu bergerak awal bagi melancarkan program. Contohnya divisi program dan
divisi perhubungan luar perlu membuat tinjaun ke tempat orang asli kerana
dengan membuat tinjaun tersebut memudahkan setiap urusan dan dapat merancang
aktiviti dengan baik.
Khusyuk mendengar setiap penerangan daripada Saudara Pengarah |
Selain itu divisi
penghubungan luar juga perlu menguruskan pengangkutan dan berhubung dengan penduduk
kawasan orang asli dengan baik bagi menyempurnakan program ini. Divisi teknikal
dan multimedia juga perlu memulakan kerja mereka dengan membuat blog untuk
menceritakan hal-hal berkaitan dengan perjalanan gerak kerja sepanjang
berprogram bermula.
Hasil taklimat dan perbincangan semua divisi, mesyuarat ini
sempurna dilaksanakan. Mesyuarat ini tamat pada pukul 6 petang. Terima kasih
kepada semua ahli kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat ini.
Sekian sahaja untuk kali ini, saya
akhiri catatan ini dengan ucapan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan