بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pada hari selasa iaitu pada 15 Mac 2016 telah diadakan mesyuarat
kali keempat di Kafe Kolej Kediaman Ketiga, Universiti Malaya. Mesyuarat ini
hanya melibatkan majlis tertinggi jalinan masyarakat sarjana muda pendidikan
kumpulan tiga dan empat. Iaitu melibatkan pengarah, timbalan pengarah,
setiausaha, timbalan setiausaha dan bendahari.
Dalam mesyuarat tersebut semua majlis tertinggi berbincang untuk
membuat keputusan nama, tema, tarikh untuk program ini. Hasil daripada
perbincangan ini nama untuk program ini ialah Program Perkampungan Orang Asli
2016. Selain itu, tema program adalah pengalaman untuk Masyarakat Asli dan
tarikh untuk program ini pada 22 dan 23 April 2016.
Dalam pada itu, pengisian mesyuarat tersebut ialah membuat penamaan
baharu biro atau unit dan bidang tugas. Selain itu, persempakan Majlis
Tertinggi, biro perhubungan perlu membuat tinjaun ke kawasan orang asli. Dan Biro
program perlu merancang dan melakar aktiviti program dengan sebaik
mungkin.
Pada perhujungan mesyuarat ini, Majlis Tertinggi berbincang untuk
membuat mesyuarat gabungan kumpalan tiga dan empat pada 16 Mac 2016. Mesyuarat
tersebut bermula pada pukul 2.00-3.30 petang di Surau Apium. Untuk makluman
juga nama kumpulan tiga ialah Khalifah Muda dan nama bagi kumpulan empat ialah Muslim
Idea.
Sekian sahaja untuk kali ini, saya akhiri dengan ucapan terima
kasih kerana sudi membaca catatan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan