Khamis, 5 Mei 2016

7TH MEETING (25 MARCH 2016/JUMAAT)

Diadakan perjumpaan antara majlis tertinggi antara kedua-dua kumpulan. Perjumpaan itu telah diadakan pada jam 12.30pm -1.05pm di Jabatan Pendidikan Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Antara perkara yang dibincangkan pada hari tersebut ialah mengenai kelulusan Kertas Kerja Projek (KKP) dan perbelanjaan. Surat pengesahan kepada Dr. Tengku dengan pengesahan pensyarah kedua-dua kumpulan hendaklah diteruskan dan wang perbelanjaan akan diserahkan sebelum program kepada Dr. Asyraf. Pengangkutan perlu disahkan dan setelah mendapat surat pengesahan dari Dr. Tengku ,aktiviti untuk lawatan tapak dan kutipan dana boleh mula dijalankan.

Pada hari tersebut juga mereka telah membincangkan tentang prosedur pengurusan di mana mereka perlu merujuk kepada pihak SKET . Saya harap, dengan segala usaha yang telah diberikan program kami dapat berjalan dengan lancar.

Saya akhiri penulisan hari ini dengan ucapan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan