Ahad, 15 Mei 2016

REFLEKSI DIRI SUHANA


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah dan rahmat-Nya dapat saya menjalankan satu kursus yang menjadi kewajipan kepada semua mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) Tahun Pertama Semesta Kedua iaitu Kursus Jalinan Masyarakat .
Lantaran itu, penasihat jalinan masyarakat kumpulan 3 ialah Dr Asyraf Isyraqi. Beliau telah memberi maklumat dan dorongan sebelum menjalankan kursus ini. Saya Siti Nur Suhana Aziz , IEB150075 merupakan timbalan pengarah untuk krusus ini amat menghargai segala pengorbanan dan sokongan Dr, pengarah, dan semua ahli AJK .
Sebagaimana sedia maklum bahawa segala aktiviti yang hendak dijalankan perlulah mempunyai ketua dan timbalan. Jadi, saya sebagai timbalan berperanan bagi membantu pengarah dalam mengendalikan program ini. Saya cuba setakat yang mampu dalam menguruskan permasalahan AJK dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Program jalinan masyarakat kami sebenarnya akan berlangsung pada 30 April sehingga 1 Mei 2016 di kampung Mancung Hulu Selangor. Malang sekali kami tidak dapat beraktiviti di sana kerana mempunyai sedikit masalah teknikal dan kami cuba mencari penyelesaian masalah dengan berbincang dan akhirnya kami mendapat kata sepakat untuk mengadakan program di SK Chenderong Kelubi, Perak pada 7-8 Mei 2016.
Walaupun kami mempunyai kesuntukkan masa dalam menyediakan aktiviti untuk program ini tetapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan dimana, kami pihk MT cuba menolong biro pengisian dalam menyediakan aktiviti yang menarik dan dapat membina hubungan yang erat di anatara adik-adik di SK Chenderong Kelubi. Selain itu, dengan kerjasama daripada semua ahli AJK dalam melaksanakan tugasan dan keperluan masing-masing semua peralatan dan keperluan untuk berprogram dapat disediakan dengan jayanya.
Saya juga telah mengiringi biro pengangkutan ke UM Central untuk menunjuk arah serta mengambil ahli JM ke kolej kediaman seawal 7:00 pagi. Selanjutnya , setibanya kami di SK Chenderong Kelubi betapa meriahnya kami diraikan dengan pancaragam yang sangat menakjubkan.
Seterusnya, segala perancangan dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Serta saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh AJK. Bagi saya objektif yang kami bawa tercapai dan dapat diteruskan lagi untuk aktiviti seterusnya. Krusus ini amat bernilai dan memberi pelbagai pengalaman baru kepada diri saya sendiri khususnya.
Terima kasih saya ucapkan kepada penasihat kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak SK Chenderong Kelubi. Saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa kepada semua ahli dan itu sahaja yang mampu saya menyumbang. Syukran jazilan.

1 ulasan:

  1. Pragmatic Play launches new live dealer games in India - JTM
    Pragmatic 울산광역 출장샵 Play Ltd. is delighted to announce 포천 출장샵 that its latest live dealer 과천 출장마사지 products 출장마사지 are now available in India. The company has announced the 경기도 출장샵 launch

    BalasPadam