Sabtu, 14 Mei 2016

MALAM KEBUDAYAAN

8.30 PM

Usai solat jamak Maghrib dan Isyak bagi ajk dan solat Maghrib untuk murid asli yang Muslim, maka bermulalah kemuncak aktiviti kita yang ditunggu-tunggu ramai iaitu Malam Kebudayaan atau Malam Persembahan buat adik-adik la.

Haa kan tadi dah berbincang panjang semua tu nak buat persembahan apa malam ni.
Adik-adik nampak dah tak sabar dah. Huhu.


Malam ni kita terbangkan khas MC dari Sarawak iaitu Abang Manab !


Persembahan dimulakan dengan kumpulan Kambing dan Itik yang dikendalikan oleh Abang Aiman, Abang Zul, Kak Bella, Kak Raihan, Kak Syafiqah dan Kak Hanan. Mereka akan membuat persembahan nyanyian Aku Yang Dulu Bukan Sekarang.
Jom kita saksikan rakaman video ini.


Seterusnya mari kita saksikan kumpulan Ayam dan Harimau yang akan membuat persembahan lakonan dan nyanyian Anaklah Ayam.
Menarik walaupun ringkas. Nice anak didik kepada Kak Awin, Kak Aina, Abang Alem, Kak Rabe dan Kak Hanis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan