Khamis, 12 Mei 2016

KKP

Alhamdulillah Kertas Kerja Program telah pun siap !

Berikut merupakan sedikit butiran tentang program kami :

PENGENALAN :

Program Jalinan Masyarakat bersama Murid Orang Asli 2016 ini merupakan suatu usaha yang dianjurkan untuk mengenengahkan peranan badan bukan kerajaan dan juga persatuan pelajar dalam menjayakan misi khidmat masyarakat yang amat dituntut oleh agama, di samping mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia untuk menjayakan matlamat mewujudkan masyarakat yang bersatu dan saling membantu antara satu sama lain

TUJUAN :

2.1 Memberi sokongan moral dan motivasi kepada murid orang asli di Malaysia.

2.2 Memberi pendedahan kepada para pelajar universiti tentang cara hidup murid orang asli serta rutin harian mereka.

NAMA PROGRAM :

Jalinan Masyarakat bersama Murid Orang Asli 2016

ANJURAN :

Kumpulan 3 & kumpulan 4 Jalinan Masyarakat Program Sarjana Muda Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Dengan Kerjasama

RabitahAntarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WAAG Malaysia)

TEMPAT PROGRAM :

Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, 31800 Tanjung Tualang, Perak.

TARIKH:

7&8 MEI 2016

SABTU&AHAD

Terima kasih kepada Setiausaha kami yang sungguh setia menyiapkan kertas kerja program ini.

Diharapkan segala perancangan dan pelaksanaan program ini akan mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

Semoga program yang dirancang akan berjalan lancar dan seterusnya mencapai tujuan yang telah digariskan.

Sekian untuk kali ini. Nanti tunggu update dari kami lagi ye :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan