Khamis, 12 Mei 2016

PERTUKARAN TEMPAT

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah beberapa minggu merangka program Jalinan Masyarakat kami di kampung orang asli di Kg Bukit Mancung akhirnya pihak kami telah membuat keputusan untuk membatalkan program di kampung itu atas sebab-sebab tertentu.

Mungkin ada hikmahnya kenapa program di situ tidak berjaya di jalankan.

Jadi, kami telah memulakan langkah baru dengan merancang program di tempat lain.

Salah sorang ahli JM kami telah mencadangkan satu tempat iaitu sebuah sekolah di Perak.

Pihak majlis tertinggi telahpun membuat satu mesyuarat tergempar pada 25 April 2016 untuk membincangkan perancangan yang seterusnya.

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

Akhirnya pihak kami telah dapat berhubung dengan pihak Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Perak dan pihak mereka

telah bersetuju untuk menerima kunjungan kami di sekolah mereka.

Terima kasih diucapkan kepada Izzati Annur kerana banyak menolong kami untuk bekerjasama di sekolah itu oleh kerana maknya merangkap salah seorang pendidik di sekolah tersebut.

Jadi diharapkan semoga program kedua yang kami rancang ini berjalan dengan lancar.

Mohon tembakan doa daripada pembaca semua ye ! :)

Allahuma yussahil ilaina .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan