Khamis, 12 Mei 2016

PENDAFTARAN MURID ASLI

Assalamualaikum w.b.t

12.45 tengahari
Baiklah. Lepas kita dengar taklimat semua tu daripada Guru Besar serta PK Hem tadi maka kami semua bersiap-siap untuk sesi pendaftaran untuk adik-adik SKCK.
Tapi sebelum tu ajk-ajk ni mesti kena makan tengahari dulu. Buat alas perut nak layan adik-adik jap lagi.

Sedap jugak makanan kat sini.
 -Sabar ye akak-akak. Macam sedap sangat ni-
-Amboi seronok betul akak-akak ni pakai kraftagan yang acik-acik tu bagi ye. Time minum pon sanggup xtanggal lagi-
Pendaftaran bermula pada jam 1.30 tengahari.
Meja-meja mula kami 'setup' di bawah dewan berbumbung.
Haa akak-akak dah semangat dah nak sambut adik-adik siap dengan fail bagai.
Adik-adik yang join program ni akan dapat sebuah fail setiap sorang.
1.00 tengahari
Jam menunjukkan pukul 1 tengahari tapi alangkah terkejut kami tengok adik-adik SKCK ni dah mula berpusu-pusu masuk ke perkarangan sekolah.
Memang mereka sanggup datang awal semata-mata nak join program ni.
Terima kasih adik-adik.
Maka tepat jam 1.30 tengahari, pendaftaran mula dibuka dan adik-adik beratur dengan baik sekali semasa proses pendaftaran.
Nampak muka ceria belake dan bersemangat. :)
-Amboi Kak Khairina bukan main lagi suka bagi fail dekat adik-adik-
-Adik-adik bersama Abg Cpoy, Abg Harith, Abg Manab dan Kak Allia-
-Cepat akak kami dah tak sabar nak masuk program ni-
-Akak tulis apa lama tuuu ??-
-Yeay! Kami dah dapat fail-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan