Ahad, 15 Mei 2016

NUR ATIKAH


NUR ATIKAH BINTI MAHAYODIN
IEB150046
            Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program Pengalaman Untuk Masyarakat Asli (PUMA) bersempena dengan kursus Jalinan Masyarakat yang telah dilaksanakan di Selangor pada 30 Julai 2016 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan jalinan masyarakat ini sepanjang semester ini, saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program Pengalaman Untuk Mayarakat Asli ini.
            Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.melalui penjumpaan pertama,kami sekumpulan telah memutuskan untuk berkumpul surau Akademi pengajian islam univerditi Malaya bagi membincangkan tentang organisasi projek kami.Semua ahli kumpulan kami mempunyai sifat memepati masa kerana mereka sampai tepat pada waktu yang ditetpkan . Hasil daripada perbincangan ini kami telah memutuskan jawatan bagi organisasi kami ini.Selepas perbincangan ini,kami telah melakukan sesi bergambar bersama semua ahli kumpulan kami.
             Pada perjumpaan yang kedua Fakulti Pendidikan pada pukul 4.00 petang. Dalam perjumpaan ini, pengarah bagi program pengalaman untuk masyarakat Asli , muhamad saiful bin Ramli mengumumkan bahawa kumpulan kami akan bergabung dengan kumpulan ke 4 .Semua ahli kumpulan kami bersetuju sebulat suara dengan rancangan ini,ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat keterbukaan dalam memahami situasi ini.kami juga diberitahu bahawa kumpulan ke 4 bersetuju untuk meneruskan program yang telah dirancang sebelum ini.
            Pada perjumpaan ketiga. ramai ahli kumpulan tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah tersendiri contohnya memepunyai kelas pada waktu yang sama. Saya sangat berbangga dengan kumpulan saya kerana mereka mempunyai sikat yang jujur antara satu sama lain. Saya mengemukakan sebegini kerana ,antara ahli kumpulan saya yang tidak dapat hadir mereka akan melaporkan kepada setiausaha kumpulan kami iaitu saudari Nor Aina binti Ruzaini .
            Pada perjumpaan seterusnya kami dimaklumkan oleh saudara Mohd Saiful Bin Ramli merangkap Pengarah Program kami bahawa kumpulan Jalinan Masyarakat kumpulan kami akan bergabung dengan Jalinan Mayarakat kumpulan 4 yang diketuai oleh Saudara Abdul Rahman Abbas.dan kami juga dimaklumkan bahawa pihak ada pihak rela hati memberi sumbangan sekaligus menaja program kami. Kami semua bersa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana mempermudkan urusan kami. Tanpa membuang masa lagi,kami membuat cadangan untuk mengadakan Jalinan Masyarakat bersama masyarakat orang asli di Hulu Selangor.Semua ahli biro yang telah digabungkan,telah membuat perjumpaan untuk membincangkan aktiviti yang bakal dijalankan di perkampungan orang asli di Hulu Selangor .
            Dua minggu sebelum program dijalankan kami diminta oleh Majlis Tertinggi Program Jalinan Masyarakat kumpulan 3 dan 4 untuk berkumpul kerana berlaku sedikit perubahan pada program. Kami dimaklumkan bahawa program yang awalnya dirancangkan pada 30 April dan 1 Mei iaitu program Jalinan Mayarakat di Prkampungan Orang Asli di Hulu Selangor telah dibatalkan disebabkan perkara-perkara tertentu yang tidak dapat dielakkan. Jadi dalam masa lebih kurang seminggu kami sekumpulan bertungkus-lumus memikirkan perubahan program ke tempat lain. Kami beruntung kerana terdapat salah seorang daripada kami mempunyai ibu yang sedang berkhidmat di salah sebuah sekolah rendah orang asli. Jadi tanpa membuang masa lagi kami membuat perjumpaan sebanyak 3 kali sebelum Program Jalinan Mayarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong kelubi yang terletak di sekitar Negeri Perak.
            Selepas itu,semua biro diberikan tugas masing-masing bagi memudahkan perjalanan program itu nanti, biro Pengisian dan Protokal ditugaskan untuk menyediakan aktiviti program bagi LDK 1,Explorace,Malam Kebudayaan, Slot Kerjaya dan Majlis Perasmian Penutup. Manakala Biro makanan dan Longisitik berperanan untuk menyediakan makanan ahli kumpulan dan para murid SK Chenderong Kelubi. Seterusnya Unit Tajaan ditugaskan untuk untuk mencari dana berbentuk makanan dan air di sekitar Universiti Malaya. Biro pengangkutan dan Perhubungan luar ditugaskan untuk mencari bas bagi memudahkan ahli JM ke SK Chenderong Kelubi manakala Biro Multimedia ditugaskan untuk mencari lagu-lagu untuk diperdengarkan semasa Program yang dijalankan dan akhir sekalai Biro Tugas-tugas Khas ditugaskan untuk membeli barang sebelum program berlangsung dan ditugaskan juga untuk menjadi PIC pada stiap slot semasa program berlangsung.

             Pada pendapat saya ahli JM sangat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini walaupum mempunyai masa selama seminggu untuk embuat persiapan.contoh apabila ahli JM dimaklumkan oleh Pengarah untuk mengadakan simulasi di Kolej Kediaman ke 7, 90% peratus ahli datang ke kolej Kediaman Ke Tujuh .Ini sudah menunjukkan kerjasama yang padu yang ditunjukkan oleh ahli JM. Semasa program berlangsung selama 2 hari 1 malam, semua ahli JM bersama sangat gembira kerana kehadiran diterima baik oleh warga sk Chenderong Kelubi dan Tok Bantin. Setiap program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan mudah sekali kerana para murid memberi kerajasama yang padu kepada pihak kami. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana di beri peluang untuk menjalankan program ini bersama ahli JM kerana pengalaman ini sngat bermakna kepada saya .

REFLEKSI DIRI NORLINAH



NORLINAH BINTI SIAMIL (IEB150040)
     Jalinan Masyarakat merupakan satu subjek yang diwajibkan kepada semua pelajar di universiti. Dalam subjek ini, para pelajar dikehendaki untuk menjalankan atau melaksanakan satu program atau aktiviti kepada masyarakat. Subjek ini bertujuan untuk melatih dan memupuk sikap kepimpinan dalam diri setiap pelajar di samping mengasah bakat terpendam dalam diri pelajar.
      Kumpulan bagi subjek Jalinan Masyarakat saya telah bergabung dengan kumpulan 4 dan kami telah bersetuju untuk mengadakan program kami di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi yang mana sekolah ini merupakan sekolah bagi anak-anak orang asli.Sekolah ini terletak di negeri Perak.Pada awal perancangan kami adalah, kami ingin mengadakan program bersama masyarakat orang asli tetapi oleh kerana terdapat sedikit masalah yang dihadapi oleh pihak kami untuk melaksanakan program tersebut maka kami telah menukar perancangan untuk melaksanakan program bersama anak-anak orang asli sahaja.Pengajaran yang boleh saya dapati daripada peristiwa ini adalah kita hendaklah mempunyai plan B atau back up plan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kerana kita tidak tahu sama ada perancangan yang dirancangkan dapat dilaksanakan atau tidak.Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka dan sentiasa bersikap matang dalam mengendalikan dan menyelesaikan perkara tersebut.
        Ketika pembentangan kertas kerja projek dibentangkan, saya amat gembira dan bersemangat untuk menjalankan projek kami kerana kami akan mengadakan program bersama anak-anak sekolah orang asli.Saya berasa gembira kerana saya ingin merasai suasana hidup dan berjumpa dengan masyarakat orang asli. Namun saya dapati mereka ini bukanlah masyarakat orang asli yang ketinggalan daripada peredaran zaman teknologi ini kerana mereka ini sudah terdedah kepada kemajuan teknologi.Oleh itu, adalah amat sukar bagi saya untuk merasai suasana kehidupan mereka.Namun demikian,terdapat beberapa perkara yang saya pelajari daripada masyarakat orang asli ini sepanjang menjalankan program bersama mereka.Antaranya ialah mereka amat menghargai dan menghormati tetamu yang datang ke tempat mereka.Hal ini terbukti di mana ketika kami tiba di sana kami disambut dengan persembahan dan iringan muzik yang mana sebelum ini saya hanya melihat acara ini dilakukan oleh orang kebanyakan untuk menyambut kedatangan orang-orang kenamaan sahaja.Kami juga dimaklumkan bahawa mereka membuat persediaan untuk menyambut kedatangan kami ke sana selama dua hari.Perkara kedua yang saya pelajari daripada mereka adalah berkenaan dengan ketepatan masa.Anak-anak orang asli ini sangat mementingkan ketepatan masa mereka.Jika kami meminta mereka berkumpul pada waktu yang ditetapkan, mereka akan datang dan berkumpul sebelum waktu tersebut.Oleh itu, pada pendapat saya sikap orang asli ini perlu dicontohi oleh semua individu.
         Seterusnya, dalam organisasi projek kami ini saya telah diamanahkan untuk mengalas tanggungjawab sebagai biro kebajikan dan cenderamata.Saya menerima tugasan ini dengan hati yang terbuka kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu.Hal ini kerana,saya tidak pernah berpeluang untuk menjadi biro kebajikan sebelum ini.Oleh itu, tugasan ini memberikan pengalaman yang baru dan berguna kepada saya.Jika disebutkan tentang kebajikan maka perkara yang harus dititikberatkan ialah mengenai kebajikan dan keselamatan.Oleh hal yang demikian, kami telah menyediakan first aid dan ubat-ubatan lain sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecederaan atau terdapat pelajar yang sakit.Bagi cenderamata pula, kami telah diberi peruntukan kewangan sebanyak rm500, tetapi kami hanya membelanjakan separuh daripada peruntukan tersebut.Setelah kami berbincang sesama ahli biro kebajikan dan cenderamata,kami bersetuju untuk membungkus dan membeli hadiah-hadiah tersebut sendiri daripada melakukan tempahan bagi menjimatkan perbelanjaan dan kekangan masa.Antara cabaran yang dihadapi oleh kami dalam menyediakan cenderamata dan hadiah ini ialah kami perlu membuat perbandingan harga barang dan mencari kenderaan untuk membeli barang-barang yang diperlukan.Kami juga menghadapi kesukaran apabila barang yang kami inginkan tidak didapati di sesuatu tempat tersebut dan kami terpaksa untuk mencari di tempat lain.Perkara ini menyebabkan berlakunya pembaziran masa dan tenaga.Oleh itu,tugas saya sebagai biro kebajikan dan cenderamata dalam projek kami ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam merancang sesuatu perkara.Sebelum ini saya menganggap bahawa bidang tugas biro kebajikan dan cenderamata ini sebagai mudah, namun setelah saya sendiri memegang amanah ini saya dapati ia bukan satu tugas yang mudah jika kita bersungguh dalam menjalankannya.Di samping itu,persepsi saya terhadap tugas biro ini juga mula berubah.Jika dahulu saya beranggapan bahawa kebajikan yang harus dijaga ialah dari segi keselamatan sahaja.Tetapi melalui program kami ini,saya dapati bahawa kebajikan yang perlu dijaga itu mencakupi tugas yang amat besar seperti kami perlu menjaga keselesaan dan kesejahteraan peserta program.Selain menjadi biro kebajikan dan cenderamata ini, saya juga ditugaskan untuk membantu biro-biro lain dalam menjayakan program kami.

       Kesimpulannya,program Jalinan Masyarakat Pengalaman Untuk Murid Asli ini memberikan pengalaman dan pengajaran yang amat berguna kepada saya.Alhamdulillah,, berkat kerjasama daripada rakan-rakan seperjuangan, program kami ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Subjek ini amat berguna kepada semua pelajar untuk mereka menimba ilmu dan menambah pengalaman mereka demi menghadapi hari-hari mendatang.Hal ini demikian kerana, segala benda baharu yang kita pelajari daripada program seperti ini tidak akan kita dapati daripada pembelajaran kita di dalam kelas.

REFLEKSI DIRI SITI SYUHADA


Pada pendapat saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan satu program yang boleh menjadi platform kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa kerana ia mampu melatih diri mahasiswa tersebut supaya menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Saya mengatakan sedemikian kerana badan organisasi dalam program ini dikelolai oleh para mahasiswa sendiri. Hal ini sekali gus mampu menerapkan nilai-nilai kepimpinan di dalam diri setiap individu mahasiswa yang mana mereka bertanggungjawab dalam mengurus serta memastikan tugas-tugas mengikut unit masing-masing dilaksanakan dengan sempurna supaya program Jalinan Masyarakat ini berjalan dengan lancar.

          Kami sebagai peserta merangkap peganjur untuk program Jalinan Masyarakat yang bertemakan ‘Pengalaman Untuk Masyarakat Asli’ (PUMA) ini telah melakukan persiapan serta persediaan yang rapi sebelum program ini berlangsung antaranya seperti penyediaan daripada unit pengisian, unit kebajikan dan cenderahati, unit pengangkutan dan beberapa unit yang lain. Program Jalinan Masyarakat ini merupakan program pertama yang pernah saya sertai yang mana saya sendiri bersama dengan masyarakat asli khususnya murid-murid sekolah rendah kerana program ini kami tumpukan hanya kepada murid-murid asli di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi. Program PUMA ini juga berlangsung selama dua hari satu malam bermula daripada tarikh 7 Mei sehingga 8 Mei 2016.

          Pengalaman yang saya peroleh daripada program ini amatlah berharga kerana melalui program inilah saya dapat melihat serba sedikit bagaimana budaya yang ditonjolkan oleh masyarakat asli khususnya daripada murid-murid SKCK. Saya juga dapat mempelajari beberapa perkataan baru dalam bahasa mereka yang digelar sebagai Bahasa Senai antaranya seperti ‘kus’ (bangun/berdiri) dan ‘bor’ (baik/sihat). Di samping itu, melaksanakan aktiviti permainan bersama murid-murid asli SKCK juga di antara pengalaman yang menarik bagi saya. Ini kerana, perwatakan mereka yang cerdas dan aktif memudahkan kami sebagai ajk pelaksana untuk memberi arahan kepada mereka. Bagi saya, murid-murid asli SKCK ini mempunyai satu sikap yang baik iaitu mereka sentiasa menepati masa dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami semasa program ini berlangsung.


          Sebagai kesimpulan, saya berpendapat bahawa program Jalinan Masyarakat ‘Pengalaman Untuk Masyarakat Asli’ (PUMA) di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi (SKCK) ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai misi kami iaitu memastikan segala aktiviti yang kami rancang berjalan dengan jayanya. Seperkara lagi, sekurang-kurangnya kami dapat memberikan pengalaman yang menarik serta memori yang indah kepada adik-adik Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi.

REFLEKSI DIRI FATIN NABILA


Alhamdulillah, alhamdulillah ,alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kami laksanakan program “Pengalaman Untuk Murid Asli”  ini dengan jayanya. Seperti yang kita ketahui program ini telah berlangsung pada 7 dan 8 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Perak yang mana hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Asyraf Isyraqi Bin Jamil selaku penyelaras JM 3 dan tidak lupa juga Dr. Ahmad Bin Yusuf selaku penyelaras JM 4 yang dikira sangat mempermudahkan urusan kami. Juga  kepada barisan MT yang sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus demi kelancaran program dan pastinya juga kepada semua AJK yang boleh dikatakan function teruk untuk program ini khususnya AJK Unit Makanan dan Logistik atas kerjasama yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
Sepanjang program ini berlangsung , saya dapat melihat kerjasama daripada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Tahniah untuk semua!. Selain itu , banyak pengalaman hasil daripada program ini antaranya yang terindah adalah pertama kali dalam hidup menjejak kaki ke kampung orang asli dan dapat bersua muka dengan masyarakat asli. Juga peluang berinteraksi dengan penduduk lebih- lebih lagi murid asli. Hal ini penting bagi saya kerana untuk menjadi pendidik , kemahiran berkomunikasi itu sangat penting. Contohnya dalam program ini,komunikasi di antara AJK dengan  pelajar amatlah penting bagi menarik minat mereka untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Komunikasi dengan pihak sekolah juga sangat penting kerana mereka banyak membantu terutamanya dalam menyediakan makanan , memastikan keselamatan semua terjamin dan banyak lagi .
Jelaslah program ini bukan semata mata untuk memenuhi tugasan subjek wajib universiti sahaja tetapi merupakan salah satu platform untuk membina jati diri, mempelajari sesuatu yang baru, menimba pengalaman baru terutamanya untuk menjadi bakal pendidik, juga dapat mengenal masyarakat dengan lebih dekat.

Akhir kata , saya memohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang memegang amanah sebagai Unit Makanan & Logistik dan juga Unit Pendaftaran dalam program ini. Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung .Moga- moga hubungan yang telah terjalin ini tidak hanya terhenti ketika program berlangsung sahaja, tetapi akan tetap terjalin sehingga bila-bila. Sebagai penutup, semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian. Wassalam. 

REFLEKSI DIRI SYAFIQAH


NUR SYAFIQAH BINTI CHE MOHD YUSOFF    
IEB150054

      Jalinan Masyarakat merupakan satu program yang dapat menerapkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada semua orang khususnya para pelajar yang menyertai program ini. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan serta diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama menjayakan Program Jalinan Masyarakat ini yang dinamakan sebagai Pengalaman Untuk Murid Orang Asli (PUMA).
     Sebelum berlangsungnya program yang akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi di Tanjung Tualang,Perak, kami telah dibahagikan tugas kepada beberapa biro. Saya telah ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab dibawah biro makanan dan logistik. Antara gerak kerja yang saya lakukan dan rakan-rakan ialah berhubung dengan pihak sana bagi memastikan kelangsungan makanan yang teratur. Kami telah membahagikan tugas masing-masing iaitu saya telah pergi ke Cafe Fakulti Pendidikan bagi meminta sedikit tajaan air mineral.
     Beberapa simulasi telah dilakukan sebelum berlangsungnya Progaram Jalinan Masyarakat ini. Ia bertujuan untuk memberi latihan fizikal dan mental kepada kami semua agar mempunyai persiapan yang cukup bagi menjayakannya dengan lancar dan teratur. Setelah melakukan segala persiapan yang secukupnya, saya merasa sungguh tidak sabar untuk menjalankan program ini yang belangsung selama 2 hari 1 malam. Perasaan tidak sabar untuk menjadi fasilitator kepada murid orang asli semakin membuak-buak kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi saya.
     Seterusnya, timbulnya perasaan terharu dalam diri saya semasa tiba di sekolah tersebut disebabkan oleh sambutan penduduk kampung, pihak sekolah dan para pelajar SKCK yang mendendangkan alunan muzik bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Selain itu, saya begitu teruja dengan murid-murid orang asli yang begitu bijak dan comel. Mereka sangat menepati masa dan sangat sukakan muzik. Malahan, selama dua hari berada disana saya merasa sangat gembira dan rasa ingin menambahkan lagi masa untuk bersama-sama mereka.
     Bertitik-tolak daripada pengalaman tersebut, banyak yang saya dapat hayati dan dipraktikkan. Antaranya, dapat membantu mengajar murid orang asli serta menggalakkan mereka untuk lebih berusaha dalam pelajaran. Dalam pada itu, dapat merasai pengalaman berada di sk orang asli dan suasana baru disana seterusnya meningatkatkan kemahiran didalam pelbagai bentuk tugas. Dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu untuk mentadbir dan melaksanakan program yang bakal dijalankan. Akhir sekali, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, warga sekolah dan masyarakat orang asli. 

     Di  samping itu, selepas berakhirnya program JM kami ini, saya berasa sangat sedih serta rindu untuk bersama-sama dengan murid-murid itu khususnya adik-adik bagi kumpulan saya. Program JM ini sangatlah menarik dan sangat berguna kerana ia memberi pengalaman dan kenangan yang cukup besar dalam diri saya. Akhir kata, yang dirindui “salam perjuangan menjulang PUMA, salam perjuangan menyulam mahabbah”. 

REFLEKSI DIRI ZULHELMI


REFLEKSI DIRI SAHIRA


Assalamualaikum. Saya Nurul sahira Adiza binti Kamaruzzaman, IEB150068 daripada program Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran) telah melakukan tugasan bagi menjayakan subjek Jalinan Masyarakat pada 7 dan 8 Mei 2016. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada penyelaras subjek Jalinan Masyarakat kumpulan 3 Dr. Asyraf  Isyraqi Bin Jamil kerana tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar, membimbing dan memberi sokongan kepada kami untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah bertungkus-lumus dan berkerrjasama dalam menjayakan program ini.
            Sebelum melaksanakan program ini, saya dan rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat untuk melantik jawatankuasa tertinggi serta menubuhkan carta organisasi untuk program ini. Saya sendiri telah memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa bagi unit pengangkutan dan perhubungan luar. Pada hari tersebut kami telah berbincang untuk mendapatkan nama kumpulan dan berbincang mengenai program yang akan dijalankan untuk subjek ini. Kami telah bercadang untuk menggabungkan kumpulan iaitu kumpulan 3 dan 4 untuk melaksanakan program ini. Kami juga telah mendapat persetujuan daripada ahli kumpulan 4 dan penyelaras jalinan masyarakat kumpulan sendiri iaitu Dr. Ahmad untuk menggabungkan kumpulan. Hasil daripada perbincangan daripada pihak majlis tertinggi kumpulan 3 dan 4 maka nama program yang akan kami adakan ini ialah Program Perkampungan Orang Asli. Program ini akan diadakan di Manchung Hulu Selangor.
            Kemudian setelah kami menjalankan pelbagai gerak kerja untuk program ini tiba-tiba kami dikhabarkan tentang pertukaran tempat bagi program kerana sebab-sebab tertentu. Saya berasa sangat terkejut dan sedih. Namun berita sedih ini telah digantikan dengan berita gembira kerana program kami ini masih lagi berkaitan dengan masyarakat orang asli tetapi yang berbeza adalah tempat. Rancangan program kami yang seterusnya ialah mengadakan program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang Perak. Alhamdulillah setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Program kami yang seterusnya adalah menjalankan program bersama murid-murid asli di sekolah tersebut. Dengan kerjasama RabitahAntarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WAAG Malaysia). Tarikh program tersebut pada 7 dan 8 Mei 2016.
            Pada 7 Mei 2016, saya dan rakan-rakan telah bertolak ke SK Chenderong Kelubi pada pukul 7.45 pagi. Perasaan saya ketika itu sangat seronok danntidak sabar-sabar untuk sampai di sana. Setelah bebrapa jam kami di atas bas kami pun telah sampai di  SK Chenderong Kelubi pada 11.30 pagi. Sesampai kami di sana kami disambut dengan penuh meriah oleh pihak sekolah dan Tok Batin sendiri. Murid di sekolah tersebut telah memainkan pancaragam untuk menyambut kedatangan kami di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut mesra oleh penduduk kampung. Seterusnya pada pukul 2 petang kami mula untuk melaksanakan program. Saya berasa teruja kerana walaupun program kami bermula pada pukul 2 petang tetapi para pelajar hadir ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Mereka sangat menepati masa. Disebabkan mereka datang awal ke sekolah untuk menyertai aktiviti kami program kami berjalan lancar. Antara nilai yang saya perolehi dalam program ini ialah menepati masa. Mereka sangat menepati masa dan berdidiplin. Masa itu sangat penting. Sukar untuk kami dapati murid-murid akan datang awal ke program. Sikap yang baik ini sepatutnya dapat dicontohi oleh semua orang.
            Pelbagai aktiviti telah kami jalankan untuk murid-murid asli Antaranya nyanyian lagu tema, pembahagian kumpulan, explorace, malam kebudayaan dan lain-lain. Saya lihat murid-murid asli ini sangat gembira dan seronok menyertai aktiviti-aktiviti yang telah kami tetapkan. Sangat sukar untuk menarik minat murid asli ini kerana kebiasaannya mereka akan berasa tidak selesa dan malu dengan orang yang baru mereka temui. Tetapi saya lihat pada hari pertama lagi mereka sudah mula rapat dan akrab dengan kami. Mereka sangat suka bermain, menyanyi dan makan. Selain itu, apa yang saya pelajari daripada program ini ialah bijak untuk menarik minat pelajar. Kita perlu bijak menyusun strategi untuk menari minat pelajar seperti mereka. Tidak semua orang mempunyai kemahiran seperti ini.
            Pada keesokan harinya iaitu 8 Mei 2016 iaitu hari terakhir kami bersama murid asli ini kami telah mengadakan senamrobik dan motivasi mengenai kerjaya. Pada slot ini kami telah menanam semangat untuk murid-murid asli ini supaya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Kami memberi semngat kepada mereka agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Saya tertarik dengan sikap seorang pelajar asli ini. Sewaktu saya bertanya kepada pelajar tersebut mengenai cita-cita. Pelajar tersebut menjawab dia ingin menjadi seorang jurutera pembinaan. Saya sangat teruja dan bangga dengan jawapan pelajar tersebut. Hal ini kerana, walaupun masih kecil dia telah menanam cita-cita yang tinggi. Jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut sangat berlainan dengan rakan-rakannya yang lain. Saya sangat berbangga dengan pelajar tersebut. Melalui aktiviti ini juga saya dapat belajar nilai berani dalam hidup. Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka berani untuk bercakap di hadapan dan menyuarakan pendapat-pendapat mereka. Pada hari terakhir ini juga saya dan beberapa rakan yang lain membantu pihak sekolah membuat gotong-royong perdana iaitu mengecat dinding-dinding sekolah. Gotong-royong ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan pihak sekolah.
            Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh PPD. Selepas majlis penutup para pelajar membahagikan hadiah yang mereka perolehi itu kepada rakan-rakan yang lain. Saya dan rakan-rakan juga ada mengambil sesi fotografi bersama para pelajar, pihak sekolah, pensyarah serta Tok Batin sebagai kenang-kenangan. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan para pelajar SK Chenderong Kelubi. Sekejap sahaja masa berlalu. Kami bertolak pulang ke Universiti Malaya pada pkul 2.30 petang selepas makan tengah hari. Namun begitu kami berharap program seperti ini dapat dijalankan sekali lagi dan memberi kesan kepada para pelajar SK  Chenderong Kelubi.

            Kesimpulannya program Jalinan Masyarakat ini telah banyak memberi kami pengalaman-pengalaman baru yang tidak dapat kami lupakan. Saya berharap agar rakan-rakan saya yang lain dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada program ini. Saya berharap program seperti ini tidak dihentikan dan masih lagi dapat dijalankan. Sekian terima kasih.