Ahad, 15 Mei 2016

REFLEKSI DIRI SYAFIQAH


NUR SYAFIQAH BINTI CHE MOHD YUSOFF    
IEB150054

      Jalinan Masyarakat merupakan satu program yang dapat menerapkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada semua orang khususnya para pelajar yang menyertai program ini. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan serta diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama menjayakan Program Jalinan Masyarakat ini yang dinamakan sebagai Pengalaman Untuk Murid Orang Asli (PUMA).
     Sebelum berlangsungnya program yang akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi di Tanjung Tualang,Perak, kami telah dibahagikan tugas kepada beberapa biro. Saya telah ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab dibawah biro makanan dan logistik. Antara gerak kerja yang saya lakukan dan rakan-rakan ialah berhubung dengan pihak sana bagi memastikan kelangsungan makanan yang teratur. Kami telah membahagikan tugas masing-masing iaitu saya telah pergi ke Cafe Fakulti Pendidikan bagi meminta sedikit tajaan air mineral.
     Beberapa simulasi telah dilakukan sebelum berlangsungnya Progaram Jalinan Masyarakat ini. Ia bertujuan untuk memberi latihan fizikal dan mental kepada kami semua agar mempunyai persiapan yang cukup bagi menjayakannya dengan lancar dan teratur. Setelah melakukan segala persiapan yang secukupnya, saya merasa sungguh tidak sabar untuk menjalankan program ini yang belangsung selama 2 hari 1 malam. Perasaan tidak sabar untuk menjadi fasilitator kepada murid orang asli semakin membuak-buak kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi saya.
     Seterusnya, timbulnya perasaan terharu dalam diri saya semasa tiba di sekolah tersebut disebabkan oleh sambutan penduduk kampung, pihak sekolah dan para pelajar SKCK yang mendendangkan alunan muzik bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Selain itu, saya begitu teruja dengan murid-murid orang asli yang begitu bijak dan comel. Mereka sangat menepati masa dan sangat sukakan muzik. Malahan, selama dua hari berada disana saya merasa sangat gembira dan rasa ingin menambahkan lagi masa untuk bersama-sama mereka.
     Bertitik-tolak daripada pengalaman tersebut, banyak yang saya dapat hayati dan dipraktikkan. Antaranya, dapat membantu mengajar murid orang asli serta menggalakkan mereka untuk lebih berusaha dalam pelajaran. Dalam pada itu, dapat merasai pengalaman berada di sk orang asli dan suasana baru disana seterusnya meningatkatkan kemahiran didalam pelbagai bentuk tugas. Dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu untuk mentadbir dan melaksanakan program yang bakal dijalankan. Akhir sekali, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, warga sekolah dan masyarakat orang asli. 

     Di  samping itu, selepas berakhirnya program JM kami ini, saya berasa sangat sedih serta rindu untuk bersama-sama dengan murid-murid itu khususnya adik-adik bagi kumpulan saya. Program JM ini sangatlah menarik dan sangat berguna kerana ia memberi pengalaman dan kenangan yang cukup besar dalam diri saya. Akhir kata, yang dirindui “salam perjuangan menjulang PUMA, salam perjuangan menyulam mahabbah”. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan