Mohamad Saiful bin Ramli
IEB 150023
Assalamualaikum w.b.t.
Salam perjuangan
menjulag PUMA , salam perjuangan menyulam mahabbah..
Kursus Jalinan Masyarakat merupakan
satu inisiatif yang amat baik dalam menjadikan mahasiswa/wi lebih proaktif
serta mampu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi di samping bersosial dengan
masyarakat. Semestinya melalui pelaksanaan kursus ini sedikit sebanyak memberi
impak kepada mahasiswa/si itu sendiri dan juga masyarakat yang terlibat
bertitik tolak daripada program yang dijalankan. Malah program yang dianjurkan
juga mampu untuk memperkenalkan budaya mahasiswa/si university seterusnya
memperkenalkan universiti kepada masyarakat luar.
Bagi kumpulan Jalinan Masyarakat
yang diketuai oleh saya sendiri , dalam meniti hari kea rah program , terdapat
banyak perkara yang dapat saya pelajari selaku seorang ketua atau pengarah
program. Segala permasalahan dan cadangan di bawa berbincang bersama ahli-ahli
melalui mesyuarat yang dijalankan. Malah , saya juga dapat merasakan kerjasama
yang padu daripada semua pihak dalam menjayakan program serta memastikan
perjalanan program mulus pada hari program berlansung. Tambahan pula , saya
mendapati ahli-ahli kumpulan mampu bertindak pantas apabila berlakunya pindaan
atau pertukaran program. Hal ini membuktikan bahawa mahasiswa/si Universiti
Malaya bukan calang-calang orang yang biarpun hanya dalam masa seminggu mampu
untuk merangka satu program yang baharu bagi mengatasi beberapa masalah yang
dihadapai. Program yang dilaksanakan disekolah murid orang asli , Sekolah
Kebangsaan Chenderong Kelubi pastikan mempunyai cerita sendiri yang tidak mampu
diungkapkan dengan kaa-kata.
Seterusnya , sekitar hari program
berlansung saya berasa teruja dan terharu apabila program kami mendapat
sambutan yang amat menggalakkan baik daripada pihak sekolah , masyarakat serta
ahli-ahli saya sendiri yang sentiasa mengerah keringat sepanjang hari program.
Terdapat nilai yang saya pelajari daripada masyarakat di sana iaitu nilai
menepati masa. Apabila saya melihat pihak di sana amat menepati waktu , maka
sepatutnya kita bergela anak watan negara perlu untuk mencontohi sikap yang
murni ini. Sepanjang program tiada penat lelah yang saya rasai kecuali kepuasan
menyebarkan manfaat buat masyarakat di sana yang sudi untuk mendengar dan
mengambil iktibar daripada program Jalinan Masyarakat.
Rangkumannya , pengalaman yang amat
bernilai yang saya peroleh daripada program Jalinan Masyarakat semestinya akan
tersemat. Segala ibrah dan nilai yang positif akan saya praktikkan dalan
kehidupan dan segala kekurangan akan dibaiki demi memastikan program yang akan
datang lebih baik dari sebelumnya. Moga-moga manfaat yang kami sebarkan untuk
masyarkat di sana mampu dijadikan iktibar dan juga kenangan bersama masyarakat
di sana tidak akan saya lupakan.
Sekian , terima kasih.
Salam mahabbah buat
masyarakat Orang Asli Chenderong Kelubi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan