NOR AINA BINTI MOHAMAD RUZAINI
IEB 150036
Kursus Jalinan
Masyarakat adalah satu program yang menggalakkan mahasiswa untuk berbakti
kepada masyarakat dengan melakukan program-program yang dapat memberikan
manfaat kepada masyarakat. Saya berasa sangat beruntung kerana diberikan
kesempatan ini untuk melakukan Program Jalinan Masyarakat bersama murid orang asli di
SK Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Perak. Program ini telah memberi peluang
kepada saya untuk melihat sendiri bagaimana murid orang asli mendapat
pendidikan. Ternyata pihak kerajaan sangat mementingkan pendidikan kepada kaum
orang asli. Kenyataan ini jelas terbukti sudah ramai orang asli yang telah berjaya
ke menara gading dan bekerja di sektor kerajaan.
Selain
itu, Program Jalinan Masyarakat Bersama Murid Orang Asli ini telah membuka
minda saya bagaimana untuk menarik minat mereka terhadap pelajaran. Hal ini
kerana, murid orang asli tidak suka kepada perkara-perkara yang membosankan.
Untuk melakukan aktiviti bersama mereka, saya bersama kawan-kawan perlu
melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk mengikuti program
tersebut selama dua hari. Sebelum program bermula, kami semua mendengar
taklimat dari pihak sekolah. Semasa ucapan Guru Besar, beliau memberitahu
bahawa untuk menarik minat murid orang asli ini ada 3 perkara iaitu makan, main
dan muzik. Jadi, aktiviti yang telah dilakukan adalah berdasarkan 3 perkara
tersebut iaitu mempunyai muzik dan permainan. Muzik yang kami pilih sebagai
lagu tema adalah bertajuk ‘Aku Merdeka’ supaya dapat menarik minat mereka untuk
berjaya berdasarkan lirik lagu tersebut. Manakala aktiviti yang kami selitkan dalam
permainan adalah berunsurkan motivasi. Tujuannya, adalah untuk membuka minda
mereka supaya berfikir untuk Berjaya di masa hadapan. Semasa akhir program ini,
kami memberi hadiah hamper makanan untuk
menarik minat mereka supaya mengikuti program dengan jayanya .
Seterusnya,
pengalaman saya menjadi setiausaha
program jalinan masyarakat mengajar saya
supaya cepat bertindak apabila hendak menjalankan sesuatu program. Saya perlu
menguruskan surat –menyurat kepada pihak yang terlibat. Sekiranya saya
bertindak lambat untuk urusan surat –menyurat menyebabkan program akan ditunda
ke tarikh yang seterusnya. Hal ini, akan menyusahkan semua pihak yang
terlibat. Sebagai seorang setiausaha, saya harus bersikap fleksible
dengan tidak menghadkan skop kerja saya kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan kertas kerja dan surat menyurat sahaja. Sebaliknya, saya turut membantu
biro-biro lain yang memerlukan bantuan . Dalam erti kata lain, Jalinan
Masyarakat juga telah mengajar saya kemahiran-kemahiran seperti befikir dengan
cepat dan logik, serta mengambil tanggungjawab
dengan jujur.
Kesimpulannya,
Program Jalinan Masyarakat bersama murid
orang asli, adalah satu program yang berjaya. Program ini telah mendapat
sambutan dari pihak sekolah dan juga murid-murid sekolah orang asli tersebut. Program-program seperti ini harus diteruskan
supaya para graduan pada masa hadapan tidak menjadi individu yang hanya
mementingkan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan