NURNABILAH BINTI MOHD KHAIRUDDIN
IEB150063
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.
Jalinan Masyarakat merupakan antara program yang membolehkan para pelajar berbakti serta menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat yang terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Program-program yang dilaksanakan begitu bermanfaat dan memberi implikasi positif bagi pihak-pihak yang terlibat. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kumpulan Jalinan Masyarakat saya membuat keputusan untuk membuat program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi yang terletak di Perak. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga kami raih pengalaman yang sungguh berharga dan jarang orang lain perolehi. Pengalaman kami bersama adik-adik sekolah rendah, dari tahun 4 hingga tahun 6 yang sememangnya bersemangat sejak awal program lagi.
Selain itu, Jalinan Masyarakat ini juga dapat memberikan perubahan dalam diri saya. Misalnya, saya lebih berani, berfikiran terbuka serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Program ini juga membolehkan saya mengetahui budaya serta corak hidup masyarakat orang asli di kampung Chenderong Kelubi. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah persembahan pancaragam yang merupakan persembahan alu-aluan dari murid-murid sekolah tersebut. Kerjasama yang jitu dari adik-adik juga merupakan faktor program berjalan dengan lancar. Mereka juga kelihatan sangat bersemangat sepanjang program berjalan.
Seterusnya, tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya iaitu untuk menjadi ahli jawatankuasa pengisian sepanjang program berjalan. Banyak halangan dan cabaran yang melanda, namun dengan wujudnya kerjasama antara setiap ahli pengisian program, akhirnya Jalinan Masyarakat kami berjaya menempuh segala masalah dengan jayanya. Aktiviti 'Permaidani Idaman" mengajar saya nilai bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Saya juga berasa teruja apabila pertama kalinya dapat bertemu dengan masyarakat asli. Saya menanyakan beberapa soalan bagi mengetahui corak hidup masyarakat orang asli. Antaranya berkaitan bahasa yang digunakan iaitu bahasa 'Semai'.
Konklusinya, Jalinan Masyarakat yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chenderoh Kelubi merupakan suatu program yang berjaya serta berfaedah buat semua yang terlibat. Program-program seperti ini perlu diteruskan kerana sedikit sebanyak mampu memberikan impak yang positif dalam diri seseorang. Lawatan kami ke sekolah tersebut, membuka mata kami. Setiap lapisan masyarkat mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Namun, kebaikan dalam hidup ini sememangnya perkara utama yang perlu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan