Khamis, 12 Mei 2016

UCAPAN

11.30 pagi

Setelah selesai alunan pancaragam dan sarungan kasih, seterusnya kami telah dibawa oleh Mak Bunga untuk mengemas barang-barang kami ke tempat yang telah dikhususkan. 

Tempat penginapan akhowat di dalam perpustakaan manakala tempat penginapan ikhwah di bilik linus.




Lepas je siap-siap packing barang, kami telah berkumpul di dewan berbumbung SKCK untuk sesi ucapan alu-aluan daripada Guru Besar dan PK Pentadbiran SKCK.

Banyak nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada kami sebelum memulakan aktiviti.

Orang asli disini terdiri dari suku kaum Semai.



Pada mulanya kami agak bimbang kerana Guru Besar sendiri menasihatkan agar kami tidak melakukan aktiviti dakwah bersama murid-murid di sana oleh sebab ibubapa mereka bimbang tentang anak-anak mereka.

Yelaa..sebab majoriti murid-murid disini adalah non-muslim dan hanya 10 orang saja murid orang asli Muslim daripada 170 orang murid.

Tapi takpe kami akan melakukan strategi lain dekat adik-adik di sini.

Guru Besar juga ada berpesan supaya menjaga tingkah laku kami disini dan tunjuk contoh yang baik kepada adik-adik di sini.

Pertuturan kami bersama adik-adik orang asli juga perlu jaga.

Guna bahasa yang mudah adik-adik faham sebab mereka pon ada bahasa mereka tersendiri jadi mungkin kebanyakan mereka masih belum fasih berbahasa Melayu sepenuhnya.



Pendekatan dakwah bukan hanya tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran agama, tapi disini kami telah merancang untuk memberi pendekatan cara-cara belajar untuk fokus dalam kelas dan yang paling penting kami akan membina semangat adik-adik di sini untuk tidak berputus asa dan rajin untuk belajar.

Semaklum saya, Mak Bunga bagitau hanya beberapa orang individu sahaja yang berjaya keluar melanjutkan pelajaran mereka dan Alhamdulillah mereka berjaya sehingga sekarang.

Jadi kami disini ditugaskan untuk membina kembali semangat untuk belajar dan kami juga mengajar nilai-nilai murni dan moral kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan