MOHAMAD ZALHAN BIN MOHD SABRI
IEB150024
Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya Jalinan Masyarakat kumpulan 3 telah berjaya menjalankan program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak dengan jayanya. Saya berasa berbesar hati kerana dapat berkhidmat dengan kumpulan 3 kerana saya diberi tugas biro pengangkutan sedangkan saya tidak pernah menyandang tugas sebagai biro pengangkutan tetapi saya cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menjayakan program ini. Walaupun tugas sebagai biro pengangkutan tidaklah susah, tetapi saya seronok kerana telah berjaya menjalankan tugas sebagai biro pengangkutan.
Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang banyak memberikan pengalaman baru kepada saya yang mana pengalaman ini tidak akan saya dapat kalau tiada subjek Jalinan Masyarakat. Buat pertama kalinya saya menjadi fasilitator kepada kanak-kanak orang asli ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana saya terpaksa menjaga batas-batas percakapan terhadap mereka kerana hamper kesemua mereka tidak beragama Islam. Hal demikian juga, program ini juga pengalaman pertama saya melayan karenah budak-budak yang pelbagai dan program ini juga rasanya dapat mengajar saya cara-cara melayan karenah budak-budak.
Seterusnya, hasil daripada program ini saya dapat mengenali serba sedikit budaya orang asli maju yang sukakan lagu dangdut. Saya juga dapat belajar sedikit bahasa mereka. Dalam program ini juga, saya dapat belajar erti kerjasama, bekerja dalam pasukan dan kita perlulah melakukan kerja berpasukan. Organisasi hanya dapat bergerak dengan semua ahlinya bbersatu-padu. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang saya dapat pelajari daripada subjek ini.
Kesimpulannya, Jalinan Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak merupakan program yang Berjaya. Jalinan Masyarakat ini memanfaatkan fasilitator dan juga pelajar Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi sekaligus. Program-program seperti ini haruslah diteruskan supaya para graduan masa hadapan tidak menjadi individu yang jumud dan mementingkan diri sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan