Ahad, 15 Mei 2016

REFLEKSI DIRI ABDUL HALIM


Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan segala  limpah dan kurninya program jalinan masyarakat “ PROGRAM UNTUK MAYARAKAT ASLI 2016” ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa nikmat yang dikurniakan nescaya ia sukar dilaksanakan. Saya juga bersyukur kerana dikurniakan nikmat sihat sehingga boleh berakhirnya program ini.
Apa yang saya perolehi daripada program ini adalah sebagai seorang mahasiswa, khidmat kita sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat luar. Tugas kita bukanlah hanya belajar dan mendapatkan segulung ijazah mahupun gelaran , namun kita juga harus membantu masyarakat sekeliling kita sama ada dari segi ilmu, tenaga kerja dan sebagainya. Program ini sememangnya salah satu alternatif  untuk mendekatkan mahasiswa kepada masyarakat luar khusunya masyarakat asli. Ia membuka mata saya sendiri akan pentingnya hubungan antara mahasiswa dan masyarakat dalam memastikan Negara kita semakin maju dalam segala bidang. 


Selain itu, saya amat berasa terharu akan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Mereka memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Ini membuatkan kami selaku pelaksana program semakin bersemangat melaksanakan tugas. Salah satunya ialah, kami disambut dengan persembahan okestra.
Selaku ahli unit tajaan pula, saya banyak mempelajari cara-cara dan prosedur memohon tajaan dari pihak pihak tertentu. Ia mengajar saya erti sabar akan karenah orang lain  dan menghargai sumbangan yang dihulurkan. Pengalaman ini sememangnya amat berharga buat diri saya.

Akhir kata, program ini amat memberikan kesan yang amat baik kepadapara mahasiswa dan masyrakat luar dan harapan saya agar ia boleh dijalankan di lain masa. Ingin saya ucapkan setinggi tinggi tahniah dah terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Wasalam .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan