Ahad, 15 Mei 2016

REFLEKSI DIRI MASTURA

Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyelesaikan program Jalinan Masyarakat SMPI Kumpulan 3yang diberi nama ‘PUMA’.

    Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat mengambil iktibar tentang beberapa perkara antaranya ialah saya sangat kagum dengan murid orang asli di SK Chenderong Kelubi,Tanjung Tualang, Perak. Mereka sangat menepati dan memberi kerjasama sepanjang LDK berlamgsung.

Pihak pentadbir sekolah dan murid juga sangat meraikan tetamu. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami dengan mempersembahkan kami sebuah lagu dengan alatan muzik memandangkan sekolah tersebut johan dalam acara muzik. Walaupun program telah berakhir mereka kami tetap menjemput kami untuk mengadakan aktiviti lagi.  Saya juga sangat mengagumi semangat peserta yang menyertai program ini. Mereka sentiasa bersemangat setiap masa dan seronok sepanjang program.

Selain itu, sebagai biro multimedia. Tugas ini tidak dapat dipisahkan dengan diri saya sejak dahulu lagi. Antara skop tugasan multimedia sebelum program ialah mencari baju yang seragam untuk kumpulan kami, mendesign banner, menulis blog, membuat video pengenalan, dan mencari video yang sesuai untuk slot pengisian. Manakala, pada hari program pula, saya ditugaskan untuk menjaga dan memastikan peralatan multimedia (PA System) berfungsi dengan baik. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Seterusnya biro multimedia juga dikehendaki mengambil seberapa banyak gambar program sebagai kenang-kenangan untuk dimasukkan ke dalam blog. Setelah program tamat, biro multimedia ditugaskan untuk mengemaskini segala perjalanan program di blog. Saya berharap jika masih diberi peluang untuk memegang biro multimedia pada masa akan datang, saya dapat menghasilkan output yang lebih menarik.

    Akhir sekali, program Jalinan Masyarakat ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara kami. Dengan adanya program seperti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana ia begitu memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Subjek Jalinan Masyarakat juga dapat mendedahkan kami dengan dunia luar, iaitu bukan dunia kampus semata mata malahan dapat menjalin kemesraan dengan masyarakat luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan