Ahad, 15 Mei 2016

REFLEKSI DIRI FATIN NABILA


Alhamdulillah, alhamdulillah ,alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kami laksanakan program “Pengalaman Untuk Murid Asli”  ini dengan jayanya. Seperti yang kita ketahui program ini telah berlangsung pada 7 dan 8 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Perak yang mana hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Asyraf Isyraqi Bin Jamil selaku penyelaras JM 3 dan tidak lupa juga Dr. Ahmad Bin Yusuf selaku penyelaras JM 4 yang dikira sangat mempermudahkan urusan kami. Juga  kepada barisan MT yang sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus demi kelancaran program dan pastinya juga kepada semua AJK yang boleh dikatakan function teruk untuk program ini khususnya AJK Unit Makanan dan Logistik atas kerjasama yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
Sepanjang program ini berlangsung , saya dapat melihat kerjasama daripada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Tahniah untuk semua!. Selain itu , banyak pengalaman hasil daripada program ini antaranya yang terindah adalah pertama kali dalam hidup menjejak kaki ke kampung orang asli dan dapat bersua muka dengan masyarakat asli. Juga peluang berinteraksi dengan penduduk lebih- lebih lagi murid asli. Hal ini penting bagi saya kerana untuk menjadi pendidik , kemahiran berkomunikasi itu sangat penting. Contohnya dalam program ini,komunikasi di antara AJK dengan  pelajar amatlah penting bagi menarik minat mereka untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Komunikasi dengan pihak sekolah juga sangat penting kerana mereka banyak membantu terutamanya dalam menyediakan makanan , memastikan keselamatan semua terjamin dan banyak lagi .
Jelaslah program ini bukan semata mata untuk memenuhi tugasan subjek wajib universiti sahaja tetapi merupakan salah satu platform untuk membina jati diri, mempelajari sesuatu yang baru, menimba pengalaman baru terutamanya untuk menjadi bakal pendidik, juga dapat mengenal masyarakat dengan lebih dekat.

Akhir kata , saya memohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang memegang amanah sebagai Unit Makanan & Logistik dan juga Unit Pendaftaran dalam program ini. Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung .Moga- moga hubungan yang telah terjalin ini tidak hanya terhenti ketika program berlangsung sahaja, tetapi akan tetap terjalin sehingga bila-bila. Sebagai penutup, semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian. Wassalam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan