Checkpoint Explorace !!
Ada 6 checkpoint
Checkpoint pertama !
Jangan Tidur
ni checkpoint abang zul n kak nadh
-hmm macam mana nak buat ni??-
-eh salah la..kena lukis betul-betul ni nanti xfaham pulak -
-alamak abang..apa kawan saya tulis ni..kena baca dengan suara sengau ka ? hehe-
Dekat checkpoint ni,, adik-adik di minta untuk duduk berjauhan berlainan meja,, lepas tu adik-adik diminta untuk melukis apa yang dinyatakan dalam arahan.. kemudian pass kepada kawan yang seterusnya dan beritahu arahan tadi sampai la orang yang last sekali.. hehe
Game ni nak uji sejauh mana adik-adik ni ingat apa arahan yang diberi.. lepas tu nak tahu macam mana adik-adik sampaikan maklumat dekat kawan-kawan :)
Checkpoint 2
Kapal Terbang Idaman
Untuk checkpoint ni adik-adik diminta untuk membuat kapal kertas setiap seorang.. lepas dah siap tu,, haa terbangkan dari gari permulaan ,, kapal siapa paling jauh??
Haa.. ni checkpoint abang saiful , kak aina n kak hanis
Checkpoint 3
Permaidani Idaman
ni checkpoint abang halim dan kak zue
Checkpoint ni adik-adik dikehendaki untuk membawa gelas polisterin yang berisi air penuh di atas permaidani mereka (kertad mahjong) untuk mengelilingi tempat yang ditetapkan.
Game ni nak tahu macam mana adik-adik membuat startegi supaya permaidani tu tak basah.. macam dalam pelajaran macam mana kita nak usaha supaya lulus dalam peperiksaan.
Checkpoint 4
Muhasabah Botol
Dekat checkpoint ni mudah jer.. hihi
Akak fasi akan memberi satu persoalan dan setiap orang kena jawab soalan tu..
Contohnya, kenapa tak siap kerja rumah?
Fasi akan memberi botol yang berisi air .. adik-adik hendaklah menjawab soalan tu sehingga air dalam botol tu habis,,
ni checkpoint kak sue , kak aisyah n kak bella
haa,, jawab soalan dari kak sue
Checkpoint 5
Kakiku Kakimu Jua
checkpoint abang harith , kak aini n abang zalhan
haa,, gerakk,, jalann sampai ke hujung tuu.. hati-hati,, jaga jatuh !!
Ni nak tengok adik-adik ni bekerjasama ke tak.. nampaknya semua pun bekerjasama nak sampai ke garisan penamat.. nak cepat-cepat lepaskan ikatan kat kaki tuu. hehe
Last Checkpoint !! Hoorayyy!
Berpindah Pulau
Adik-adik diminta untuk berada di atas pulau-pulau yang disediakan.. ada 4 pulau.. yang pertama pulau berbentuk segi empat seterusnya bulat , love dan segi tiga,, kena naik satu-satu pulau ..
Fasi nak tengok macam mana adik-adik ni bersatu hati untuk berada di tempat yang sama.. adakah mereka ni pentingkan diri sendiri atau ingat juga dekat kawan-kawan..
macam mana eh nak masuk semua atas tu?? hihi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan