Assalamualaikum. Saya Nurul sahira Adiza binti
Kamaruzzaman, IEB150068 daripada program Sarjana Muda Pendidikan Islam
(Pengajian Al-Quran) telah melakukan tugasan bagi menjayakan subjek Jalinan
Masyarakat pada 7 dan 8 Mei 2016. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan
kepada penyelaras subjek Jalinan Masyarakat kumpulan 3 Dr.
Asyraf Isyraqi Bin Jamil kerana tidak
pernah jemu memberi tunjuk ajar, membimbing dan memberi sokongan kepada kami
untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan
kerana telah bertungkus-lumus dan berkerrjasama dalam menjayakan program ini.
Sebelum melaksanakan program ini,
saya dan rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat untuk melantik
jawatankuasa tertinggi serta menubuhkan carta organisasi untuk program ini.
Saya sendiri telah memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa bagi unit
pengangkutan dan perhubungan luar. Pada hari tersebut kami telah berbincang
untuk mendapatkan nama kumpulan dan berbincang mengenai program yang akan
dijalankan untuk subjek ini. Kami telah bercadang untuk menggabungkan kumpulan
iaitu kumpulan 3 dan 4 untuk melaksanakan program ini. Kami juga telah mendapat
persetujuan daripada ahli kumpulan 4 dan penyelaras jalinan masyarakat kumpulan
sendiri iaitu Dr. Ahmad untuk menggabungkan kumpulan. Hasil daripada
perbincangan daripada pihak majlis tertinggi kumpulan 3 dan 4 maka nama program
yang akan kami adakan ini ialah Program Perkampungan Orang Asli. Program ini
akan diadakan di Manchung Hulu Selangor.
Kemudian setelah kami menjalankan
pelbagai gerak kerja untuk program ini tiba-tiba kami dikhabarkan tentang
pertukaran tempat bagi program kerana sebab-sebab tertentu. Saya berasa sangat
terkejut dan sedih. Namun berita sedih ini telah digantikan dengan berita
gembira kerana program kami ini masih lagi berkaitan dengan masyarakat orang asli
tetapi yang berbeza adalah tempat. Rancangan program kami yang seterusnya ialah
mengadakan program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang
Perak. Alhamdulillah setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Program
kami yang seterusnya adalah menjalankan program bersama murid-murid asli di
sekolah tersebut. Dengan kerjasama RabitahAntarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia
(WAAG Malaysia). Tarikh program tersebut pada 7 dan 8 Mei 2016.
Pada 7 Mei 2016, saya dan
rakan-rakan telah bertolak ke SK Chenderong Kelubi pada pukul 7.45 pagi.
Perasaan saya ketika itu sangat seronok danntidak sabar-sabar untuk sampai di
sana. Setelah bebrapa jam kami di atas bas kami pun telah sampai di SK Chenderong Kelubi pada 11.30 pagi.
Sesampai kami di sana kami disambut dengan penuh meriah oleh pihak sekolah dan
Tok Batin sendiri. Murid di sekolah tersebut telah memainkan pancaragam untuk
menyambut kedatangan kami di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut mesra
oleh penduduk kampung. Seterusnya pada pukul 2 petang kami mula untuk
melaksanakan program. Saya berasa teruja kerana walaupun program kami bermula
pada pukul 2 petang tetapi para pelajar hadir ke sekolah pada pukul 1.30 petang.
Mereka sangat menepati masa. Disebabkan mereka datang awal ke sekolah untuk
menyertai aktiviti kami program kami berjalan lancar. Antara nilai yang saya
perolehi dalam program ini ialah menepati masa. Mereka sangat menepati masa dan
berdidiplin. Masa itu sangat penting. Sukar untuk kami dapati murid-murid akan
datang awal ke program. Sikap yang baik ini sepatutnya dapat dicontohi oleh
semua orang.
Pelbagai aktiviti telah kami
jalankan untuk murid-murid asli Antaranya nyanyian lagu tema, pembahagian
kumpulan, explorace, malam kebudayaan dan lain-lain. Saya lihat murid-murid
asli ini sangat gembira dan seronok menyertai aktiviti-aktiviti yang telah kami
tetapkan. Sangat sukar untuk menarik minat murid asli ini kerana kebiasaannya
mereka akan berasa tidak selesa dan malu dengan orang yang baru mereka temui.
Tetapi saya lihat pada hari pertama lagi mereka sudah mula rapat dan akrab dengan
kami. Mereka sangat suka bermain, menyanyi dan makan. Selain itu, apa yang saya
pelajari daripada program ini ialah bijak untuk menarik minat pelajar. Kita
perlu bijak menyusun strategi untuk menari minat pelajar seperti mereka. Tidak
semua orang mempunyai kemahiran seperti ini.
Pada keesokan harinya iaitu 8 Mei
2016 iaitu hari terakhir kami bersama murid asli ini kami telah mengadakan
senamrobik dan motivasi mengenai kerjaya. Pada slot ini kami telah menanam
semangat untuk murid-murid asli ini supaya mempunyai cita-cita yang tinggi
untuk berjaya. Kami memberi semngat kepada mereka agar terus berusaha untuk
mencapai kejayaan. Saya tertarik dengan sikap seorang pelajar asli ini. Sewaktu
saya bertanya kepada pelajar tersebut mengenai cita-cita. Pelajar tersebut
menjawab dia ingin menjadi seorang jurutera pembinaan. Saya sangat teruja dan
bangga dengan jawapan pelajar tersebut. Hal ini kerana, walaupun masih kecil
dia telah menanam cita-cita yang tinggi. Jawapan yang diberikan oleh pelajar
tersebut sangat berlainan dengan rakan-rakannya yang lain. Saya sangat
berbangga dengan pelajar tersebut. Melalui aktiviti ini juga saya dapat belajar
nilai berani dalam hidup. Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka berani
untuk bercakap di hadapan dan menyuarakan pendapat-pendapat mereka. Pada hari
terakhir ini juga saya dan beberapa rakan yang lain membantu pihak sekolah
membuat gotong-royong perdana iaitu mengecat dinding-dinding sekolah.
Gotong-royong ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kami
dengan pihak sekolah.
Majlis penutup program ini telah
dirasmikan oleh PPD. Selepas majlis penutup para pelajar membahagikan hadiah
yang mereka perolehi itu kepada rakan-rakan yang lain. Saya dan rakan-rakan
juga ada mengambil sesi fotografi bersama para pelajar, pihak sekolah,
pensyarah serta Tok Batin sebagai kenang-kenangan. Kami berasa sangat sedih
kerana terpaksa berpisah dengan para pelajar SK Chenderong Kelubi. Sekejap
sahaja masa berlalu. Kami bertolak pulang ke Universiti Malaya pada pkul 2.30
petang selepas makan tengah hari. Namun begitu kami berharap program seperti
ini dapat dijalankan sekali lagi dan memberi kesan kepada para pelajar SK Chenderong Kelubi.
Kesimpulannya program Jalinan
Masyarakat ini telah banyak memberi kami pengalaman-pengalaman baru yang tidak
dapat kami lupakan. Saya berharap agar rakan-rakan saya yang lain dapat
mengambil pengajaran dan iktibar daripada program ini. Saya berharap program
seperti ini tidak dihentikan dan masih lagi dapat dijalankan. Sekian terima
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan