NUR ATIKAH BINTI MAHAYODIN
IEB150046
Bersyukur
kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program Pengalaman Untuk
Masyarakat Asli (PUMA) bersempena dengan kursus Jalinan Masyarakat yang telah
dilaksanakan di Selangor pada 30 Julai 2016 yang lepas. Sebenarnya saya
sentiasa menanti-nantikan jalinan masyarakat ini sepanjang semester ini, saya
percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam
bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan
program Pengalaman Untuk Mayarakat Asli ini.
Banyak
pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada
aktiviti ini.melalui penjumpaan pertama,kami sekumpulan telah memutuskan untuk
berkumpul surau Akademi pengajian islam univerditi Malaya bagi membincangkan
tentang organisasi projek kami.Semua ahli kumpulan kami mempunyai sifat
memepati masa kerana mereka sampai tepat pada waktu yang ditetpkan . Hasil
daripada perbincangan ini kami telah memutuskan jawatan bagi organisasi kami
ini.Selepas perbincangan ini,kami telah melakukan sesi bergambar bersama semua
ahli kumpulan kami.
Pada perjumpaan yang kedua Fakulti Pendidikan
pada pukul 4.00 petang. Dalam perjumpaan ini, pengarah bagi program pengalaman
untuk masyarakat Asli , muhamad saiful bin Ramli mengumumkan bahawa kumpulan
kami akan bergabung dengan kumpulan ke 4 .Semua ahli kumpulan kami bersetuju
sebulat suara dengan rancangan ini,ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai
sifat keterbukaan dalam memahami situasi ini.kami juga diberitahu bahawa
kumpulan ke 4 bersetuju untuk meneruskan program yang telah dirancang sebelum
ini.
Pada
perjumpaan ketiga. ramai ahli kumpulan tidak dapat hadir kerana mempunyai
masalah tersendiri contohnya memepunyai kelas pada waktu yang sama. Saya sangat
berbangga dengan kumpulan saya kerana mereka mempunyai sikat yang jujur antara
satu sama lain. Saya mengemukakan sebegini kerana ,antara ahli kumpulan saya
yang tidak dapat hadir mereka akan melaporkan kepada setiausaha kumpulan kami
iaitu saudari Nor Aina binti Ruzaini .
Pada
perjumpaan seterusnya kami dimaklumkan oleh saudara Mohd Saiful Bin Ramli
merangkap Pengarah Program kami bahawa kumpulan Jalinan Masyarakat kumpulan
kami akan bergabung dengan Jalinan Mayarakat kumpulan 4 yang diketuai oleh
Saudara Abdul Rahman Abbas.dan kami juga dimaklumkan bahawa pihak ada pihak
rela hati memberi sumbangan sekaligus menaja program kami. Kami semua bersa
bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana mempermudkan urusan kami. Tanpa
membuang masa lagi,kami membuat cadangan untuk mengadakan Jalinan Masyarakat bersama
masyarakat orang asli di Hulu Selangor.Semua ahli biro yang telah
digabungkan,telah membuat perjumpaan untuk membincangkan aktiviti yang bakal
dijalankan di perkampungan orang asli di Hulu Selangor .
Dua
minggu sebelum program dijalankan kami diminta oleh Majlis Tertinggi Program
Jalinan Masyarakat kumpulan 3 dan 4 untuk berkumpul kerana berlaku sedikit
perubahan pada program. Kami dimaklumkan bahawa program yang awalnya
dirancangkan pada 30 April dan 1 Mei iaitu program Jalinan Mayarakat di Prkampungan
Orang Asli di Hulu Selangor telah dibatalkan disebabkan perkara-perkara
tertentu yang tidak dapat dielakkan. Jadi dalam masa lebih kurang seminggu kami
sekumpulan bertungkus-lumus memikirkan perubahan program ke tempat lain. Kami
beruntung kerana terdapat salah seorang daripada kami mempunyai ibu yang sedang
berkhidmat di salah sebuah sekolah rendah orang asli. Jadi tanpa membuang masa
lagi kami membuat perjumpaan sebanyak 3 kali sebelum Program Jalinan Mayarakat
di Sekolah Kebangsaan Chenderong kelubi yang terletak di sekitar Negeri Perak.
Selepas
itu,semua biro diberikan tugas masing-masing bagi memudahkan perjalanan program
itu nanti, biro Pengisian dan Protokal ditugaskan untuk menyediakan aktiviti
program bagi LDK 1,Explorace,Malam Kebudayaan, Slot Kerjaya dan Majlis
Perasmian Penutup. Manakala Biro makanan dan Longisitik berperanan untuk
menyediakan makanan ahli kumpulan dan para murid SK Chenderong Kelubi.
Seterusnya Unit Tajaan ditugaskan untuk untuk mencari dana berbentuk makanan
dan air di sekitar Universiti Malaya. Biro pengangkutan dan Perhubungan luar
ditugaskan untuk mencari bas bagi memudahkan ahli JM ke SK Chenderong Kelubi
manakala Biro Multimedia ditugaskan untuk mencari lagu-lagu untuk
diperdengarkan semasa Program yang dijalankan dan akhir sekalai Biro
Tugas-tugas Khas ditugaskan untuk membeli barang sebelum program berlangsung
dan ditugaskan juga untuk menjadi PIC pada stiap slot semasa program
berlangsung.
Pada pendapat saya ahli JM sangat memberikan
kerjasama untuk menjayakan program ini walaupum mempunyai masa selama seminggu
untuk embuat persiapan.contoh apabila ahli JM dimaklumkan oleh Pengarah untuk
mengadakan simulasi di Kolej Kediaman ke 7, 90% peratus ahli datang ke kolej
Kediaman Ke Tujuh .Ini sudah menunjukkan kerjasama yang padu yang ditunjukkan
oleh ahli JM. Semasa program berlangsung selama 2 hari 1 malam, semua ahli JM
bersama sangat gembira kerana kehadiran diterima baik oleh warga sk Chenderong
Kelubi dan Tok Bantin. Setiap program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan
mudah sekali kerana para murid memberi kerajasama yang padu kepada pihak kami.
Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana di beri peluang untuk menjalankan
program ini bersama ahli JM kerana pengalaman ini sngat bermakna kepada saya .