Ahad, 15 Mei 2016

NUR ATIKAH


NUR ATIKAH BINTI MAHAYODIN
IEB150046
            Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program Pengalaman Untuk Masyarakat Asli (PUMA) bersempena dengan kursus Jalinan Masyarakat yang telah dilaksanakan di Selangor pada 30 Julai 2016 yang lepas. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan jalinan masyarakat ini sepanjang semester ini, saya percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa dan mendalam bagi saya. Saya berasa begitu bersyukur dan sangat gembira selepas menjalankan program Pengalaman Untuk Mayarakat Asli ini.
            Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.melalui penjumpaan pertama,kami sekumpulan telah memutuskan untuk berkumpul surau Akademi pengajian islam univerditi Malaya bagi membincangkan tentang organisasi projek kami.Semua ahli kumpulan kami mempunyai sifat memepati masa kerana mereka sampai tepat pada waktu yang ditetpkan . Hasil daripada perbincangan ini kami telah memutuskan jawatan bagi organisasi kami ini.Selepas perbincangan ini,kami telah melakukan sesi bergambar bersama semua ahli kumpulan kami.
             Pada perjumpaan yang kedua Fakulti Pendidikan pada pukul 4.00 petang. Dalam perjumpaan ini, pengarah bagi program pengalaman untuk masyarakat Asli , muhamad saiful bin Ramli mengumumkan bahawa kumpulan kami akan bergabung dengan kumpulan ke 4 .Semua ahli kumpulan kami bersetuju sebulat suara dengan rancangan ini,ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai sifat keterbukaan dalam memahami situasi ini.kami juga diberitahu bahawa kumpulan ke 4 bersetuju untuk meneruskan program yang telah dirancang sebelum ini.
            Pada perjumpaan ketiga. ramai ahli kumpulan tidak dapat hadir kerana mempunyai masalah tersendiri contohnya memepunyai kelas pada waktu yang sama. Saya sangat berbangga dengan kumpulan saya kerana mereka mempunyai sikat yang jujur antara satu sama lain. Saya mengemukakan sebegini kerana ,antara ahli kumpulan saya yang tidak dapat hadir mereka akan melaporkan kepada setiausaha kumpulan kami iaitu saudari Nor Aina binti Ruzaini .
            Pada perjumpaan seterusnya kami dimaklumkan oleh saudara Mohd Saiful Bin Ramli merangkap Pengarah Program kami bahawa kumpulan Jalinan Masyarakat kumpulan kami akan bergabung dengan Jalinan Mayarakat kumpulan 4 yang diketuai oleh Saudara Abdul Rahman Abbas.dan kami juga dimaklumkan bahawa pihak ada pihak rela hati memberi sumbangan sekaligus menaja program kami. Kami semua bersa bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana mempermudkan urusan kami. Tanpa membuang masa lagi,kami membuat cadangan untuk mengadakan Jalinan Masyarakat bersama masyarakat orang asli di Hulu Selangor.Semua ahli biro yang telah digabungkan,telah membuat perjumpaan untuk membincangkan aktiviti yang bakal dijalankan di perkampungan orang asli di Hulu Selangor .
            Dua minggu sebelum program dijalankan kami diminta oleh Majlis Tertinggi Program Jalinan Masyarakat kumpulan 3 dan 4 untuk berkumpul kerana berlaku sedikit perubahan pada program. Kami dimaklumkan bahawa program yang awalnya dirancangkan pada 30 April dan 1 Mei iaitu program Jalinan Mayarakat di Prkampungan Orang Asli di Hulu Selangor telah dibatalkan disebabkan perkara-perkara tertentu yang tidak dapat dielakkan. Jadi dalam masa lebih kurang seminggu kami sekumpulan bertungkus-lumus memikirkan perubahan program ke tempat lain. Kami beruntung kerana terdapat salah seorang daripada kami mempunyai ibu yang sedang berkhidmat di salah sebuah sekolah rendah orang asli. Jadi tanpa membuang masa lagi kami membuat perjumpaan sebanyak 3 kali sebelum Program Jalinan Mayarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong kelubi yang terletak di sekitar Negeri Perak.
            Selepas itu,semua biro diberikan tugas masing-masing bagi memudahkan perjalanan program itu nanti, biro Pengisian dan Protokal ditugaskan untuk menyediakan aktiviti program bagi LDK 1,Explorace,Malam Kebudayaan, Slot Kerjaya dan Majlis Perasmian Penutup. Manakala Biro makanan dan Longisitik berperanan untuk menyediakan makanan ahli kumpulan dan para murid SK Chenderong Kelubi. Seterusnya Unit Tajaan ditugaskan untuk untuk mencari dana berbentuk makanan dan air di sekitar Universiti Malaya. Biro pengangkutan dan Perhubungan luar ditugaskan untuk mencari bas bagi memudahkan ahli JM ke SK Chenderong Kelubi manakala Biro Multimedia ditugaskan untuk mencari lagu-lagu untuk diperdengarkan semasa Program yang dijalankan dan akhir sekalai Biro Tugas-tugas Khas ditugaskan untuk membeli barang sebelum program berlangsung dan ditugaskan juga untuk menjadi PIC pada stiap slot semasa program berlangsung.

             Pada pendapat saya ahli JM sangat memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini walaupum mempunyai masa selama seminggu untuk embuat persiapan.contoh apabila ahli JM dimaklumkan oleh Pengarah untuk mengadakan simulasi di Kolej Kediaman ke 7, 90% peratus ahli datang ke kolej Kediaman Ke Tujuh .Ini sudah menunjukkan kerjasama yang padu yang ditunjukkan oleh ahli JM. Semasa program berlangsung selama 2 hari 1 malam, semua ahli JM bersama sangat gembira kerana kehadiran diterima baik oleh warga sk Chenderong Kelubi dan Tok Bantin. Setiap program yang dirancangkan dapat dijalankan dengan mudah sekali kerana para murid memberi kerajasama yang padu kepada pihak kami. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana di beri peluang untuk menjalankan program ini bersama ahli JM kerana pengalaman ini sngat bermakna kepada saya .

REFLEKSI DIRI NORLINAH



NORLINAH BINTI SIAMIL (IEB150040)
     Jalinan Masyarakat merupakan satu subjek yang diwajibkan kepada semua pelajar di universiti. Dalam subjek ini, para pelajar dikehendaki untuk menjalankan atau melaksanakan satu program atau aktiviti kepada masyarakat. Subjek ini bertujuan untuk melatih dan memupuk sikap kepimpinan dalam diri setiap pelajar di samping mengasah bakat terpendam dalam diri pelajar.
      Kumpulan bagi subjek Jalinan Masyarakat saya telah bergabung dengan kumpulan 4 dan kami telah bersetuju untuk mengadakan program kami di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi yang mana sekolah ini merupakan sekolah bagi anak-anak orang asli.Sekolah ini terletak di negeri Perak.Pada awal perancangan kami adalah, kami ingin mengadakan program bersama masyarakat orang asli tetapi oleh kerana terdapat sedikit masalah yang dihadapi oleh pihak kami untuk melaksanakan program tersebut maka kami telah menukar perancangan untuk melaksanakan program bersama anak-anak orang asli sahaja.Pengajaran yang boleh saya dapati daripada peristiwa ini adalah kita hendaklah mempunyai plan B atau back up plan dalam melaksanakan sesuatu aktiviti kerana kita tidak tahu sama ada perancangan yang dirancangkan dapat dilaksanakan atau tidak.Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bersabar dalam menghadapi situasi yang tidak dijangka dan sentiasa bersikap matang dalam mengendalikan dan menyelesaikan perkara tersebut.
        Ketika pembentangan kertas kerja projek dibentangkan, saya amat gembira dan bersemangat untuk menjalankan projek kami kerana kami akan mengadakan program bersama anak-anak sekolah orang asli.Saya berasa gembira kerana saya ingin merasai suasana hidup dan berjumpa dengan masyarakat orang asli. Namun saya dapati mereka ini bukanlah masyarakat orang asli yang ketinggalan daripada peredaran zaman teknologi ini kerana mereka ini sudah terdedah kepada kemajuan teknologi.Oleh itu, adalah amat sukar bagi saya untuk merasai suasana kehidupan mereka.Namun demikian,terdapat beberapa perkara yang saya pelajari daripada masyarakat orang asli ini sepanjang menjalankan program bersama mereka.Antaranya ialah mereka amat menghargai dan menghormati tetamu yang datang ke tempat mereka.Hal ini terbukti di mana ketika kami tiba di sana kami disambut dengan persembahan dan iringan muzik yang mana sebelum ini saya hanya melihat acara ini dilakukan oleh orang kebanyakan untuk menyambut kedatangan orang-orang kenamaan sahaja.Kami juga dimaklumkan bahawa mereka membuat persediaan untuk menyambut kedatangan kami ke sana selama dua hari.Perkara kedua yang saya pelajari daripada mereka adalah berkenaan dengan ketepatan masa.Anak-anak orang asli ini sangat mementingkan ketepatan masa mereka.Jika kami meminta mereka berkumpul pada waktu yang ditetapkan, mereka akan datang dan berkumpul sebelum waktu tersebut.Oleh itu, pada pendapat saya sikap orang asli ini perlu dicontohi oleh semua individu.
         Seterusnya, dalam organisasi projek kami ini saya telah diamanahkan untuk mengalas tanggungjawab sebagai biro kebajikan dan cenderamata.Saya menerima tugasan ini dengan hati yang terbuka kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baharu.Hal ini kerana,saya tidak pernah berpeluang untuk menjadi biro kebajikan sebelum ini.Oleh itu, tugasan ini memberikan pengalaman yang baru dan berguna kepada saya.Jika disebutkan tentang kebajikan maka perkara yang harus dititikberatkan ialah mengenai kebajikan dan keselamatan.Oleh hal yang demikian, kami telah menyediakan first aid dan ubat-ubatan lain sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kecederaan atau terdapat pelajar yang sakit.Bagi cenderamata pula, kami telah diberi peruntukan kewangan sebanyak rm500, tetapi kami hanya membelanjakan separuh daripada peruntukan tersebut.Setelah kami berbincang sesama ahli biro kebajikan dan cenderamata,kami bersetuju untuk membungkus dan membeli hadiah-hadiah tersebut sendiri daripada melakukan tempahan bagi menjimatkan perbelanjaan dan kekangan masa.Antara cabaran yang dihadapi oleh kami dalam menyediakan cenderamata dan hadiah ini ialah kami perlu membuat perbandingan harga barang dan mencari kenderaan untuk membeli barang-barang yang diperlukan.Kami juga menghadapi kesukaran apabila barang yang kami inginkan tidak didapati di sesuatu tempat tersebut dan kami terpaksa untuk mencari di tempat lain.Perkara ini menyebabkan berlakunya pembaziran masa dan tenaga.Oleh itu,tugas saya sebagai biro kebajikan dan cenderamata dalam projek kami ini mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam merancang sesuatu perkara.Sebelum ini saya menganggap bahawa bidang tugas biro kebajikan dan cenderamata ini sebagai mudah, namun setelah saya sendiri memegang amanah ini saya dapati ia bukan satu tugas yang mudah jika kita bersungguh dalam menjalankannya.Di samping itu,persepsi saya terhadap tugas biro ini juga mula berubah.Jika dahulu saya beranggapan bahawa kebajikan yang harus dijaga ialah dari segi keselamatan sahaja.Tetapi melalui program kami ini,saya dapati bahawa kebajikan yang perlu dijaga itu mencakupi tugas yang amat besar seperti kami perlu menjaga keselesaan dan kesejahteraan peserta program.Selain menjadi biro kebajikan dan cenderamata ini, saya juga ditugaskan untuk membantu biro-biro lain dalam menjayakan program kami.

       Kesimpulannya,program Jalinan Masyarakat Pengalaman Untuk Murid Asli ini memberikan pengalaman dan pengajaran yang amat berguna kepada saya.Alhamdulillah,, berkat kerjasama daripada rakan-rakan seperjuangan, program kami ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.Subjek ini amat berguna kepada semua pelajar untuk mereka menimba ilmu dan menambah pengalaman mereka demi menghadapi hari-hari mendatang.Hal ini demikian kerana, segala benda baharu yang kita pelajari daripada program seperti ini tidak akan kita dapati daripada pembelajaran kita di dalam kelas.

REFLEKSI DIRI SITI SYUHADA


Pada pendapat saya, program Jalinan Masyarakat ini merupakan satu program yang boleh menjadi platform kepada setiap individu yang bergelar mahasiswa kerana ia mampu melatih diri mahasiswa tersebut supaya menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Saya mengatakan sedemikian kerana badan organisasi dalam program ini dikelolai oleh para mahasiswa sendiri. Hal ini sekali gus mampu menerapkan nilai-nilai kepimpinan di dalam diri setiap individu mahasiswa yang mana mereka bertanggungjawab dalam mengurus serta memastikan tugas-tugas mengikut unit masing-masing dilaksanakan dengan sempurna supaya program Jalinan Masyarakat ini berjalan dengan lancar.

          Kami sebagai peserta merangkap peganjur untuk program Jalinan Masyarakat yang bertemakan ‘Pengalaman Untuk Masyarakat Asli’ (PUMA) ini telah melakukan persiapan serta persediaan yang rapi sebelum program ini berlangsung antaranya seperti penyediaan daripada unit pengisian, unit kebajikan dan cenderahati, unit pengangkutan dan beberapa unit yang lain. Program Jalinan Masyarakat ini merupakan program pertama yang pernah saya sertai yang mana saya sendiri bersama dengan masyarakat asli khususnya murid-murid sekolah rendah kerana program ini kami tumpukan hanya kepada murid-murid asli di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi. Program PUMA ini juga berlangsung selama dua hari satu malam bermula daripada tarikh 7 Mei sehingga 8 Mei 2016.

          Pengalaman yang saya peroleh daripada program ini amatlah berharga kerana melalui program inilah saya dapat melihat serba sedikit bagaimana budaya yang ditonjolkan oleh masyarakat asli khususnya daripada murid-murid SKCK. Saya juga dapat mempelajari beberapa perkataan baru dalam bahasa mereka yang digelar sebagai Bahasa Senai antaranya seperti ‘kus’ (bangun/berdiri) dan ‘bor’ (baik/sihat). Di samping itu, melaksanakan aktiviti permainan bersama murid-murid asli SKCK juga di antara pengalaman yang menarik bagi saya. Ini kerana, perwatakan mereka yang cerdas dan aktif memudahkan kami sebagai ajk pelaksana untuk memberi arahan kepada mereka. Bagi saya, murid-murid asli SKCK ini mempunyai satu sikap yang baik iaitu mereka sentiasa menepati masa dan memberikan kerjasama yang baik kepada kami semasa program ini berlangsung.


          Sebagai kesimpulan, saya berpendapat bahawa program Jalinan Masyarakat ‘Pengalaman Untuk Masyarakat Asli’ (PUMA) di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi (SKCK) ini secara keseluruhannya berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai misi kami iaitu memastikan segala aktiviti yang kami rancang berjalan dengan jayanya. Seperkara lagi, sekurang-kurangnya kami dapat memberikan pengalaman yang menarik serta memori yang indah kepada adik-adik Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi.

REFLEKSI DIRI FATIN NABILA


Alhamdulillah, alhamdulillah ,alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kami laksanakan program “Pengalaman Untuk Murid Asli”  ini dengan jayanya. Seperti yang kita ketahui program ini telah berlangsung pada 7 dan 8 April 2015 di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Perak yang mana hanya melibatkan pelajar-pelajar tahun 4,5 dan 6.
Pertama sekali saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Asyraf Isyraqi Bin Jamil selaku penyelaras JM 3 dan tidak lupa juga Dr. Ahmad Bin Yusuf selaku penyelaras JM 4 yang dikira sangat mempermudahkan urusan kami. Juga  kepada barisan MT yang sanggup bersengkang mata, bertungkus lumus demi kelancaran program dan pastinya juga kepada semua AJK yang boleh dikatakan function teruk untuk program ini khususnya AJK Unit Makanan dan Logistik atas kerjasama yang sangat baik. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini.
Sepanjang program ini berlangsung , saya dapat melihat kerjasama daripada semua AJK yang terlibat bagi menjayakan program ini. Tahniah untuk semua!. Selain itu , banyak pengalaman hasil daripada program ini antaranya yang terindah adalah pertama kali dalam hidup menjejak kaki ke kampung orang asli dan dapat bersua muka dengan masyarakat asli. Juga peluang berinteraksi dengan penduduk lebih- lebih lagi murid asli. Hal ini penting bagi saya kerana untuk menjadi pendidik , kemahiran berkomunikasi itu sangat penting. Contohnya dalam program ini,komunikasi di antara AJK dengan  pelajar amatlah penting bagi menarik minat mereka untuk mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Komunikasi dengan pihak sekolah juga sangat penting kerana mereka banyak membantu terutamanya dalam menyediakan makanan , memastikan keselamatan semua terjamin dan banyak lagi .
Jelaslah program ini bukan semata mata untuk memenuhi tugasan subjek wajib universiti sahaja tetapi merupakan salah satu platform untuk membina jati diri, mempelajari sesuatu yang baru, menimba pengalaman baru terutamanya untuk menjadi bakal pendidik, juga dapat mengenal masyarakat dengan lebih dekat.

Akhir kata , saya memohon maaf atas segala salah dan silap saya sepanjang memegang amanah sebagai Unit Makanan & Logistik dan juga Unit Pendaftaran dalam program ini. Semoga program ini akan memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung .Moga- moga hubungan yang telah terjalin ini tidak hanya terhenti ketika program berlangsung sahaja, tetapi akan tetap terjalin sehingga bila-bila. Sebagai penutup, semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang. Sekian. Wassalam. 

REFLEKSI DIRI SYAFIQAH


NUR SYAFIQAH BINTI CHE MOHD YUSOFF    
IEB150054

      Jalinan Masyarakat merupakan satu program yang dapat menerapkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada semua orang khususnya para pelajar yang menyertai program ini. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah di atas nikmat yang dikurniakan serta diberi peluang dan kesempatan untuk sama-sama menjayakan Program Jalinan Masyarakat ini yang dinamakan sebagai Pengalaman Untuk Murid Orang Asli (PUMA).
     Sebelum berlangsungnya program yang akan dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi di Tanjung Tualang,Perak, kami telah dibahagikan tugas kepada beberapa biro. Saya telah ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab dibawah biro makanan dan logistik. Antara gerak kerja yang saya lakukan dan rakan-rakan ialah berhubung dengan pihak sana bagi memastikan kelangsungan makanan yang teratur. Kami telah membahagikan tugas masing-masing iaitu saya telah pergi ke Cafe Fakulti Pendidikan bagi meminta sedikit tajaan air mineral.
     Beberapa simulasi telah dilakukan sebelum berlangsungnya Progaram Jalinan Masyarakat ini. Ia bertujuan untuk memberi latihan fizikal dan mental kepada kami semua agar mempunyai persiapan yang cukup bagi menjayakannya dengan lancar dan teratur. Setelah melakukan segala persiapan yang secukupnya, saya merasa sungguh tidak sabar untuk menjalankan program ini yang belangsung selama 2 hari 1 malam. Perasaan tidak sabar untuk menjadi fasilitator kepada murid orang asli semakin membuak-buak kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi saya.
     Seterusnya, timbulnya perasaan terharu dalam diri saya semasa tiba di sekolah tersebut disebabkan oleh sambutan penduduk kampung, pihak sekolah dan para pelajar SKCK yang mendendangkan alunan muzik bagi mengalu-alukan kedatangan kami. Selain itu, saya begitu teruja dengan murid-murid orang asli yang begitu bijak dan comel. Mereka sangat menepati masa dan sangat sukakan muzik. Malahan, selama dua hari berada disana saya merasa sangat gembira dan rasa ingin menambahkan lagi masa untuk bersama-sama mereka.
     Bertitik-tolak daripada pengalaman tersebut, banyak yang saya dapat hayati dan dipraktikkan. Antaranya, dapat membantu mengajar murid orang asli serta menggalakkan mereka untuk lebih berusaha dalam pelajaran. Dalam pada itu, dapat merasai pengalaman berada di sk orang asli dan suasana baru disana seterusnya meningatkatkan kemahiran didalam pelbagai bentuk tugas. Dalam masa yang sama dapat menambahkan ilmu untuk mentadbir dan melaksanakan program yang bakal dijalankan. Akhir sekali, dapat mengeratkan hubungan antara pelajar, warga sekolah dan masyarakat orang asli. 

     Di  samping itu, selepas berakhirnya program JM kami ini, saya berasa sangat sedih serta rindu untuk bersama-sama dengan murid-murid itu khususnya adik-adik bagi kumpulan saya. Program JM ini sangatlah menarik dan sangat berguna kerana ia memberi pengalaman dan kenangan yang cukup besar dalam diri saya. Akhir kata, yang dirindui “salam perjuangan menjulang PUMA, salam perjuangan menyulam mahabbah”. 

REFLEKSI DIRI ZULHELMI


REFLEKSI DIRI SAHIRA


Assalamualaikum. Saya Nurul sahira Adiza binti Kamaruzzaman, IEB150068 daripada program Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Al-Quran) telah melakukan tugasan bagi menjayakan subjek Jalinan Masyarakat pada 7 dan 8 Mei 2016. Setinggi-tinggi penghargaan saya berikan kepada penyelaras subjek Jalinan Masyarakat kumpulan 3 Dr. Asyraf  Isyraqi Bin Jamil kerana tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar, membimbing dan memberi sokongan kepada kami untuk menjayakan program ini. Terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana telah bertungkus-lumus dan berkerrjasama dalam menjayakan program ini.
            Sebelum melaksanakan program ini, saya dan rakan-rakan telah mengadakan satu mesyuarat untuk melantik jawatankuasa tertinggi serta menubuhkan carta organisasi untuk program ini. Saya sendiri telah memegang jawatan sebagai ahli jawatan kuasa bagi unit pengangkutan dan perhubungan luar. Pada hari tersebut kami telah berbincang untuk mendapatkan nama kumpulan dan berbincang mengenai program yang akan dijalankan untuk subjek ini. Kami telah bercadang untuk menggabungkan kumpulan iaitu kumpulan 3 dan 4 untuk melaksanakan program ini. Kami juga telah mendapat persetujuan daripada ahli kumpulan 4 dan penyelaras jalinan masyarakat kumpulan sendiri iaitu Dr. Ahmad untuk menggabungkan kumpulan. Hasil daripada perbincangan daripada pihak majlis tertinggi kumpulan 3 dan 4 maka nama program yang akan kami adakan ini ialah Program Perkampungan Orang Asli. Program ini akan diadakan di Manchung Hulu Selangor.
            Kemudian setelah kami menjalankan pelbagai gerak kerja untuk program ini tiba-tiba kami dikhabarkan tentang pertukaran tempat bagi program kerana sebab-sebab tertentu. Saya berasa sangat terkejut dan sedih. Namun berita sedih ini telah digantikan dengan berita gembira kerana program kami ini masih lagi berkaitan dengan masyarakat orang asli tetapi yang berbeza adalah tempat. Rancangan program kami yang seterusnya ialah mengadakan program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang Perak. Alhamdulillah setiap perkara yang terjadi itu ada hikmahnya. Program kami yang seterusnya adalah menjalankan program bersama murid-murid asli di sekolah tersebut. Dengan kerjasama RabitahAntarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WAAG Malaysia). Tarikh program tersebut pada 7 dan 8 Mei 2016.
            Pada 7 Mei 2016, saya dan rakan-rakan telah bertolak ke SK Chenderong Kelubi pada pukul 7.45 pagi. Perasaan saya ketika itu sangat seronok danntidak sabar-sabar untuk sampai di sana. Setelah bebrapa jam kami di atas bas kami pun telah sampai di  SK Chenderong Kelubi pada 11.30 pagi. Sesampai kami di sana kami disambut dengan penuh meriah oleh pihak sekolah dan Tok Batin sendiri. Murid di sekolah tersebut telah memainkan pancaragam untuk menyambut kedatangan kami di sekolah tersebut. Kedatangan kami disambut mesra oleh penduduk kampung. Seterusnya pada pukul 2 petang kami mula untuk melaksanakan program. Saya berasa teruja kerana walaupun program kami bermula pada pukul 2 petang tetapi para pelajar hadir ke sekolah pada pukul 1.30 petang. Mereka sangat menepati masa. Disebabkan mereka datang awal ke sekolah untuk menyertai aktiviti kami program kami berjalan lancar. Antara nilai yang saya perolehi dalam program ini ialah menepati masa. Mereka sangat menepati masa dan berdidiplin. Masa itu sangat penting. Sukar untuk kami dapati murid-murid akan datang awal ke program. Sikap yang baik ini sepatutnya dapat dicontohi oleh semua orang.
            Pelbagai aktiviti telah kami jalankan untuk murid-murid asli Antaranya nyanyian lagu tema, pembahagian kumpulan, explorace, malam kebudayaan dan lain-lain. Saya lihat murid-murid asli ini sangat gembira dan seronok menyertai aktiviti-aktiviti yang telah kami tetapkan. Sangat sukar untuk menarik minat murid asli ini kerana kebiasaannya mereka akan berasa tidak selesa dan malu dengan orang yang baru mereka temui. Tetapi saya lihat pada hari pertama lagi mereka sudah mula rapat dan akrab dengan kami. Mereka sangat suka bermain, menyanyi dan makan. Selain itu, apa yang saya pelajari daripada program ini ialah bijak untuk menarik minat pelajar. Kita perlu bijak menyusun strategi untuk menari minat pelajar seperti mereka. Tidak semua orang mempunyai kemahiran seperti ini.
            Pada keesokan harinya iaitu 8 Mei 2016 iaitu hari terakhir kami bersama murid asli ini kami telah mengadakan senamrobik dan motivasi mengenai kerjaya. Pada slot ini kami telah menanam semangat untuk murid-murid asli ini supaya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk berjaya. Kami memberi semngat kepada mereka agar terus berusaha untuk mencapai kejayaan. Saya tertarik dengan sikap seorang pelajar asli ini. Sewaktu saya bertanya kepada pelajar tersebut mengenai cita-cita. Pelajar tersebut menjawab dia ingin menjadi seorang jurutera pembinaan. Saya sangat teruja dan bangga dengan jawapan pelajar tersebut. Hal ini kerana, walaupun masih kecil dia telah menanam cita-cita yang tinggi. Jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut sangat berlainan dengan rakan-rakannya yang lain. Saya sangat berbangga dengan pelajar tersebut. Melalui aktiviti ini juga saya dapat belajar nilai berani dalam hidup. Walaupun mereka masih kecil tetapi mereka berani untuk bercakap di hadapan dan menyuarakan pendapat-pendapat mereka. Pada hari terakhir ini juga saya dan beberapa rakan yang lain membantu pihak sekolah membuat gotong-royong perdana iaitu mengecat dinding-dinding sekolah. Gotong-royong ini secara tak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan pihak sekolah.
            Majlis penutup program ini telah dirasmikan oleh PPD. Selepas majlis penutup para pelajar membahagikan hadiah yang mereka perolehi itu kepada rakan-rakan yang lain. Saya dan rakan-rakan juga ada mengambil sesi fotografi bersama para pelajar, pihak sekolah, pensyarah serta Tok Batin sebagai kenang-kenangan. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa berpisah dengan para pelajar SK Chenderong Kelubi. Sekejap sahaja masa berlalu. Kami bertolak pulang ke Universiti Malaya pada pkul 2.30 petang selepas makan tengah hari. Namun begitu kami berharap program seperti ini dapat dijalankan sekali lagi dan memberi kesan kepada para pelajar SK  Chenderong Kelubi.

            Kesimpulannya program Jalinan Masyarakat ini telah banyak memberi kami pengalaman-pengalaman baru yang tidak dapat kami lupakan. Saya berharap agar rakan-rakan saya yang lain dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripada program ini. Saya berharap program seperti ini tidak dihentikan dan masih lagi dapat dijalankan. Sekian terima kasih.

REFLEKSI DIRI ZALHAN

MOHAMAD ZALHAN BIN MOHD SABRI
IEB150024

Bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah dan kurniaNya Jalinan Masyarakat kumpulan 3 telah berjaya menjalankan program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak dengan jayanya. Saya  berasa berbesar hati kerana dapat berkhidmat dengan kumpulan 3 kerana saya diberi tugas biro pengangkutan sedangkan saya tidak pernah menyandang tugas sebagai biro pengangkutan tetapi saya cuba untuk melakukan yang terbaik untuk menjayakan program ini. Walaupun tugas sebagai biro pengangkutan tidaklah susah, tetapi saya seronok kerana telah berjaya menjalankan tugas sebagai biro pengangkutan.
  Selain itu, saya juga amat berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang banyak memberikan pengalaman baru kepada saya yang mana pengalaman ini tidak akan saya dapat kalau tiada subjek Jalinan Masyarakat. Buat pertama kalinya saya menjadi fasilitator kepada kanak-kanak orang asli ia adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana saya terpaksa menjaga batas-batas percakapan terhadap mereka kerana hamper kesemua mereka tidak beragama Islam. Hal demikian juga, program ini juga pengalaman pertama saya melayan karenah budak-budak yang pelbagai dan program ini juga rasanya dapat mengajar saya cara-cara melayan karenah budak-budak.
     Seterusnya, hasil daripada program ini saya dapat mengenali serba sedikit budaya orang asli maju yang sukakan lagu dangdut. Saya juga dapat belajar sedikit bahasa mereka. Dalam program ini juga, saya dapat belajar erti kerjasama, bekerja dalam pasukan dan kita perlulah melakukan kerja berpasukan. Organisasi hanya dapat bergerak dengan semua ahlinya bbersatu-padu. Walaubagaimanapun, banyak perkara yang saya dapat pelajari daripada subjek ini.
    Kesimpulannya, Jalinan Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak merupakan program yang Berjaya. Jalinan Masyarakat ini memanfaatkan fasilitator dan juga pelajar Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi sekaligus. Program-program seperti ini haruslah diteruskan supaya para graduan masa hadapan tidak menjadi individu yang jumud dan mementingkan diri sendiri.

REFLEKSI DIRI AIN

Program Jalinan Masyarakat yang telah kami jalankan pada 7 dan 8 Mei 2016 di Sk Chenderong Kelubi telah memberi banyak makna dan pengalaman dalam diri kami masing-masing. Antara keistimewaan sekolah ini adalah kesemua murid yang bersekolah di sini merupakan orang asli.
Dalam usaha untuk menjayakan program Jalinan Masyarakat ini, saya telah ditaklifkan untuk menjadi ketua Biro Program dan Protokol. Sejujurnya, ianya merupakan tugas yang sukar untuk digalas. Namun, hasil daripada kerjasama daripada ahli-ahli biro program yang lain telah menjadikan tugasan ini berjaya untuk disediakan dan dilaksanakan dengan jayanya. Secara umumnya, tugas kami adalah menyediakan tentatif program dan pengisian bagi setiap slot. Walaupun terdapat sedikit kesulitan dalam merancang pengisian program atas sebab pertukaran lokasi program, kami berjaya menyiapkan pengisian yang bersesuaian dengan lokasi baru dalam masa yang singkat. Kerjasama daripada semua ahli telah memudahkan urusan dan pengisian bagi setiap slot berjaya disediakan.
Semasa program berlangsung, kesemua aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Namun, terdapat banyak lebihan waktu kosong dimana segala aktiviti dirancang berakhir lebih awal daripada waktu yang telah dirancang di dalam tentatif. Perkara ini berlaku kerana ketepatan masa para pelajar yang sungguh luar biasa dan mengagumkan. Sikap mereka yang menjaga dan menghormati masa mestilah kita contohi dan amalkan dalam kehidupan seharian. Semua pihak AJK telah menyumbang idea untuk mengisi masa lapang sebagai pengisian untuk pelajar. Semangat kerjasama dan tidak berkira terhadap tugasan daripada AJK sangat saya kagumi. Walaupun perkara tersebut bukan skop tugasan mereka, namun mereka turut bersama-sama membantu kami untuk menjayakan setiap slot dan aktiviti yang disediakan.
Pengalaman mengurus aktiviti-aktiviti pengisian, bergaul dengan murid-murid orang asli dan bergaul dengan guru-guru dan pekerja sekolah merupakan pengalaman yang sangat berharga bagi saya yang telah saya perolehi sewaktu program ini berlangsung. Program ini sedikit sebanyak telah mengasah ‘soft skills’ dalam diri kami dan memberi peluang untuk kami mengasah bakat kepimpinan yang ada dalam diri masing-masing. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program Jalinan Masyarakat ini. Saya mohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Sekian, terima kasih.

REFLEKSI DIRI ZUBAIDAH


SITI ZUBAIDAH BINTI MOH ZABIDIN [ IEB 150079]
Jalinan Masyarakat adalah satu program yang menggalakkan para pelajar untuk membina serta mewujudkan tali persaudaraan dan ukhwah yang baru di samping berbakti kepada masyarakat dengan melakukan program-program yang dapat memberikan manfaat kepada orang-orang di sekeliling mereka. Saya berasa beruntung kerana diberikan kesempatan ini untuk bersama-sama rakan-rakan yang lain dalam melakukan program Jalinan Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Perak. Sebagai pelajar yang mendapat peluang untuk mengikuti program Jalinan Masyarakat ini, kesempatan ini telah memberi peluang untuk saya merasai pengalaman bersama masyarakat Asli.
Terdapat pelbagai pengalaman yang saya rasai sebelum, semasa dan selepas menjalani program Jalinan Masyarakat ini. Antaranya ialah, pada permulaannya kami telah membuat pelantikan organisasi bagi program ini. Setelah itu, kami telah berbincang untuk memilih tema yang bersesuaian dengan program yang akan dijalankan. Setelah mendapat kata putus, maka program ini kami namakan sebagai ‘Pengalaman Untuk Masyarakat Asli’. Kami diagihkan mengikut biro-biro tertentu supaya perjalanan program ini berjalan dengan lancar. Saya berasa takut dan berdebar serta gundah-gulana sebelum bertolak ke tempat program tersebut kerana memikirkan adakah masyarakat Asli di sana akan menerima kunjungan kami serta melayan kami. Tetapi sangkaan saya itu meleset kerana perkara yang sebaliknya berlaku.
 Setibanya kami di sana, kedatangan kami diraikan dengan alunan pasukan pancaragam sekolah. Selain itu, kami juga berasa berbesar hati kerana dikalungkan setiap pelajar berupa mahkota yang merupakan alat perhiasan masyarakat Asli. Setelah itu, kami diberikan taklimat serta beberapa tunjuk ajar mengenai bagaimana untuk mendekati dan menarik perhatian pelajar Asli tersebut dengan menggunakan teknik 3 M, iaitu Makan, Main, serta Musik. Selain itu, saya cukup berpuas hati dengan segala kelengkapan yang disediakan oleh pihak sekolah. Tambahan pula, semasa Latihan Dalam Kumpulan dijalankan, segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dengan kerjasama semua fasilitator serta murid-murid. Saya juga berasa cukup gembira apabila murid-murid sama-sama menikmati aktiviti-aktiviti yang dijalnakan seperti “Ice Breaking, Explorace, Malam Kebudayaan serta Motivasi Kerjaya”.

Kesimpulannya, selepas menjalani program ini, saya dapat merasakan ukhuwah yang dibina sangat utuh dan berasa sedih apabila mahu berpisah. Setelah berakhirnya program ini, apa yang dapat saya simpulkan bahawa setiap program yang dijalankan mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri dan apa yang perlu diperbaiki haruslah diambil pengajaran. Sebagai contoh, berkaitan dengan masalah masa. Saya dapati kita perlu memperbaiki masalah berkaitan masa dengan sentiasa mempercepatkan langkah dan jangan melakukan sesuatu perkara sambil lewa. Akhir sekali, saya merasa gembira setelah mengikuti program Jalinan Masyarakat ini. Sekian.

REFLEKSI DIRI NUR NABILAH


NURNABILAH BINTI MOHD KHAIRUDDIN

IEB150063 

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera. 
Jalinan  Masyarakat merupakan antara program yang membolehkan para pelajar berbakti serta menjalinkan hubungan silaturahim dengan masyarakat yang terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Program-program yang dilaksanakan begitu bermanfaat dan memberi implikasi positif bagi pihak-pihak yang terlibat. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kumpulan Jalinan Masyarakat saya membuat keputusan untuk membuat program di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi yang terletak di Perak. Alhamdulillah dengan izin-Nya dapat juga kami raih pengalaman yang sungguh berharga dan jarang orang lain perolehi. Pengalaman kami bersama adik-adik sekolah rendah, dari tahun 4 hingga tahun 6 yang sememangnya bersemangat sejak awal program lagi. 

Selain itu, Jalinan Masyarakat ini juga dapat memberikan  perubahan dalam diri saya. Misalnya, saya lebih berani, berfikiran terbuka serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Program ini juga membolehkan saya mengetahui budaya serta corak hidup masyarakat orang asli di kampung Chenderong Kelubi. Pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah persembahan pancaragam yang merupakan persembahan alu-aluan  dari murid-murid sekolah tersebut. Kerjasama yang jitu dari adik-adik juga merupakan faktor  program berjalan dengan lancar. Mereka juga kelihatan sangat bersemangat sepanjang program berjalan. 

Seterusnya, tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya iaitu untuk menjadi ahli jawatankuasa pengisian sepanjang program berjalan. Banyak halangan dan cabaran yang melanda, namun dengan wujudnya kerjasama antara setiap ahli pengisian program, akhirnya Jalinan Masyarakat kami berjaya menempuh segala masalah dengan jayanya. Aktiviti 'Permaidani Idaman" mengajar saya nilai bekerjasama dalam melakukan sesuatu. Saya juga berasa teruja apabila pertama kalinya dapat bertemu dengan masyarakat asli. Saya menanyakan beberapa soalan bagi mengetahui corak hidup masyarakat orang asli. Antaranya berkaitan bahasa yang digunakan iaitu bahasa 'Semai'. 

Konklusinya, Jalinan Masyarakat yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Chenderoh Kelubi merupakan suatu program yang berjaya serta berfaedah buat semua yang terlibat. Program-program seperti ini perlu diteruskan kerana sedikit sebanyak mampu  memberikan impak yang positif dalam diri seseorang. Lawatan kami ke sekolah tersebut, membuka mata kami. Setiap lapisan masyarkat mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Namun, kebaikan dalam hidup ini sememangnya perkara utama yang perlu kita aplikasikan dalam kehidupan seharian.

REFLEKSI DIRI HANAN


Assalamualaikum, nama saya Hanan Najihah Binti Mizan , disini saya ingin berkongsi sikit pengalaman saya bersama adik-adik dari sekolah kebangsaan chenderong kelubi, apa yang saya dapat daripada program jalinan masyarakat untuk murid asli ialah sebelum hari kejadian, saya selaku biro Multimedia, sama-sama menyiapkan blog, banner, profile picture ahli dan lain-lain. Daripada situ, saya dapat lihat kerjasama antara ahli dalam menyiapkan tugasan masing-masing. saya sangat gembira dan tidak sabar untuk menunggu tibanya hari yang memberi pengalaman yang berharga dalam hidup saya. Pada 7/5/2016 tibalah kami di sekolah kebangsaan chenderong kelubi,perak untuk melaksanakan misi kami. sewaktu tibanya disekolah tersebut kami disambut oleh pihak sekolah, tok batin dan pelajar dengan persembahan. Meraka menyambut kami dengan penuh penghormatan. Saya dan kawan-kawan begitu semangat untuk menjalankan tugas disana. Semasa program bermula, murid-murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut bunyi haiwan. saya telah menjadi fasi untuk kumpulan itik. kumpulan saya terdiri daripada lapan orang iaitu 4 lelaki dan 4 perempuan. Mereka ini pada mulanya agak pendiam, tapi lama kelamaan mereka semakin mesra. Saya sangat gembira dapat mengenali mereka walaupun dalam tempoh yang singkat. Apa yang saya lihat dalam diri mereka ini sangat bersemangat dalam melakukan sesuatu dan tidak berputus asa. Saya sangat bangga dengan adik-adik di sekolah kebangsaan chenderong kelubi ini. Selain itu saya juga sempat belajar bahasa pertuturan mereka walaupun sedikit. Setelah satu hari berkampung di sana tibalah masa untuk kami berpisah dengan adik-adik. Bak kata pepatah setiap pertemuan pasti ada perpisahan. saya doa agar adik-adik sentiasa Berjaya dan dapat mencapai cita-cita masing-masing. Tidak lupa saya juga ucapankan ribuan terima kasih juga kepada pihak sekolah terutama pengetua kerana sudi menerima kami dengan tangan yang terbuka. Sekian terima kasih.

REFLEKSI DIRI RABIATUL


REFLEKSI DIRI MASTURA

Alhamdulillah setinggi tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberi peluang kepada kami semua untuk menyelesaikan program Jalinan Masyarakat SMPI Kumpulan 3yang diberi nama ‘PUMA’.

    Sepanjang program ini berlangsung, saya dapat mengambil iktibar tentang beberapa perkara antaranya ialah saya sangat kagum dengan murid orang asli di SK Chenderong Kelubi,Tanjung Tualang, Perak. Mereka sangat menepati dan memberi kerjasama sepanjang LDK berlamgsung.

Pihak pentadbir sekolah dan murid juga sangat meraikan tetamu. Mereka sangat mengalu alukan kedatangan kami dengan mempersembahkan kami sebuah lagu dengan alatan muzik memandangkan sekolah tersebut johan dalam acara muzik. Walaupun program telah berakhir mereka kami tetap menjemput kami untuk mengadakan aktiviti lagi.  Saya juga sangat mengagumi semangat peserta yang menyertai program ini. Mereka sentiasa bersemangat setiap masa dan seronok sepanjang program.

Selain itu, sebagai biro multimedia. Tugas ini tidak dapat dipisahkan dengan diri saya sejak dahulu lagi. Antara skop tugasan multimedia sebelum program ialah mencari baju yang seragam untuk kumpulan kami, mendesign banner, menulis blog, membuat video pengenalan, dan mencari video yang sesuai untuk slot pengisian. Manakala, pada hari program pula, saya ditugaskan untuk menjaga dan memastikan peralatan multimedia (PA System) berfungsi dengan baik. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah teknikal. Seterusnya biro multimedia juga dikehendaki mengambil seberapa banyak gambar program sebagai kenang-kenangan untuk dimasukkan ke dalam blog. Setelah program tamat, biro multimedia ditugaskan untuk mengemaskini segala perjalanan program di blog. Saya berharap jika masih diberi peluang untuk memegang biro multimedia pada masa akan datang, saya dapat menghasilkan output yang lebih menarik.

    Akhir sekali, program Jalinan Masyarakat ini juga dapat mengeratkan ukhuwah antara kami. Dengan adanya program seperti ini, kami dapat mengenali antara satu sama lain. Harapan saya agar program seperti ini dapat diadakan lagi kerana ia begitu memberi pengalaman yang berharga kepada kami semua. Subjek Jalinan Masyarakat juga dapat mendedahkan kami dengan dunia luar, iaitu bukan dunia kampus semata mata malahan dapat menjalin kemesraan dengan masyarakat luar.

REFLEKSI DIRI FADZILAH


FADZILAH  BINTI  AHMAD
IEB150011

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnia-Nya satu program Jalinan Masyarakat telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya seperti  yang dirancang. Kursus Jalinan Masyarakat merupakan salah satu subjek  universiti yang wajib diambil oleh semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.
Jalinan Masyarakat adalah satu program yang menggalakkan para pelajar untuk berbakti kepada masyarakat dengan melakukan program-program yang dapat memberi manfaat kepada orang-orang disekeliling mereka. Saya berasa amat beruntung kerana diberi kesempatan untuk melakukan Jalinan Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Perak. Sekolah ini merupakan salah satu sekolah untuk murid-murid orang asli di Perak. Sekolah ini terletak di dalam sebuah kampung masyarakat orang asli yang agak pedalaman. Program ini disertai oleh murid-murid tahap 2 iaitu murid-murid daripada darjah 4 sehingga 6. Oleh kerana mereka ini paling hampir untuk menduduki peperiksaan yang besar iaitu UPSR, kami mengambil kesempatan yang singkat ini untuk memberikan sedikit suntikan semangat yang dapat membuka minda murid-murid ini supaya terus berusaha dalam menuntut ilmu dan mengetahui kepentingannya. Kami telah dikhabarkan oleh Guru Besar sekolah tersebut bahawa kebanyakkan para ibu bapa masih berfikiran tidak terbuka untuk membenarkan anak-anak mereka keluar dari kawasan perkampungan tersebut untuk menuntut ilmu.
Selain itu, melalui program Jalinan Masyarakat ini, saya dapat mengenali dan merasai kehidupan  masyarakat orang asli dengan lebih mendalam. Mereka ini sangat baik dan peramah tetapi kita mesti pandai mencari jalan untuk mendekati mereka. Perkara yang saya sangat mengambil pengajaran ialah mereka sangat tepati waktu. Sebagai contoh,program bermula pada pukul 2 petang, pada pukul 1.30 tengah hari semua pelajar sudah mula berkumpul. Di samping itu, oleh kerana murid-murid ini datang daripada masyarakat orang asli, pendekatan yang kami perlu lakukan untuk menarik perhatian mereka sangat unik. Mereka lebih berminat kepada konsep 3M iaitu makan, main, dan muzik. Program Jalinan Masyarakat ini juga telah memperkenalkan kepada pelbagai jenis aktiviti yang menarik seperti yang dijalankan di dalam explorace. Kesemua aktiviti yang dilakukan sangat memberi kesan yang positif jika diambil pengajaran dengan baik. Selain itu, melalui permainan-permainan ini kita dapat merasai kepentingan nilai kerjasama antara ahli kumpulan. Aktiviti-aktiviti ini juga menyedarkan saya bahawasanya terdapat pelbagai cara untuk kita berhibur selain daripada menonton Youtube atau Facebook.
Seterusnya, pengalaman menjadi ahli unit tajaan dalam Jalinan Masyarakat sangat memberi kesan yang baik dalam diri saya. Di sini saya belajar dengan lebih mendalam prosedur – prosedur yang perlu dilakukan untuk memohon tajaan dan sumbangan dari pihak luar. Kami dari unit tajaan turut dibantu oleh rakan- rakan seperjuangan dari unit lain dalam memohon tajaan. Kami dari unit tajaan juga sangat bersyukur kerana mendapat tajaan yang sangat besar dari Persatuan Rabitah Antarabangsa. Selain itu, pengalaman yang sangat berharga bila mengadakan program dengan masyarakat orang asli ialah dapat belajar serba sedikit bahasa semai yang saya rasakan sangat unik. Antara perkataan-perkataan yang saya sempat belajar ialah eng(saya), hek(kamu), hik(kami), cak(makan), cakna(makan nasi), ma heber(buat apa), madebe(kenapa), ma eng(nama saya), nanek(satu), nar(dua), nit(tiga), gerlo(tipu).

Kesimpulannya, Jalinan Masyarakat di Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi adalah satu program yang telah dijalankan dengan berjaya. Jalinan Masyarakat ini telah memanfaatkan peserta dan juga murid-murid sekolah sekaligus. Program-program seperti ini harus diteruskan supaya para graduan pada masa hadapan tidak menjadi individu yang hanya mementingkan diri sendiri.

REFLEKSI DIRI AIMI


REFLEKSI DIRI ABDUL HALIM


Bismillahirrahmanirrahim. Pertama sekali bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan segala  limpah dan kurninya program jalinan masyarakat “ PROGRAM UNTUK MAYARAKAT ASLI 2016” ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa nikmat yang dikurniakan nescaya ia sukar dilaksanakan. Saya juga bersyukur kerana dikurniakan nikmat sihat sehingga boleh berakhirnya program ini.
Apa yang saya perolehi daripada program ini adalah sebagai seorang mahasiswa, khidmat kita sebenarnya amat diperlukan oleh masyarakat luar. Tugas kita bukanlah hanya belajar dan mendapatkan segulung ijazah mahupun gelaran , namun kita juga harus membantu masyarakat sekeliling kita sama ada dari segi ilmu, tenaga kerja dan sebagainya. Program ini sememangnya salah satu alternatif  untuk mendekatkan mahasiswa kepada masyarakat luar khusunya masyarakat asli. Ia membuka mata saya sendiri akan pentingnya hubungan antara mahasiswa dan masyarakat dalam memastikan Negara kita semakin maju dalam segala bidang. 


Selain itu, saya amat berasa terharu akan kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah terutamanya para guru dan murid-murid. Mereka memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini. Ini membuatkan kami selaku pelaksana program semakin bersemangat melaksanakan tugas. Salah satunya ialah, kami disambut dengan persembahan okestra.
Selaku ahli unit tajaan pula, saya banyak mempelajari cara-cara dan prosedur memohon tajaan dari pihak pihak tertentu. Ia mengajar saya erti sabar akan karenah orang lain  dan menghargai sumbangan yang dihulurkan. Pengalaman ini sememangnya amat berharga buat diri saya.

Akhir kata, program ini amat memberikan kesan yang amat baik kepadapara mahasiswa dan masyrakat luar dan harapan saya agar ia boleh dijalankan di lain masa. Ingin saya ucapkan setinggi tinggi tahniah dah terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Wasalam .

REFLEKSI DIRI UMMI IZYAN


Bismillah dan alhamdulillah kerana diberi peluang dan kesempatan untuk menyertai Program Jalinan Masyarakat,Pengalaman Untuk Masyarakat Asli (PUMA) pada kali ini. Pengalaman yang dikecapi sangat bermakna dan pastinya akan terus diingati sampai bila-bila.
          Dalam program kali ini, saya bukan sahaja menjalinkan hubungan dengan masyarakat orang asli bagi memenuhi tuntutan untuk kursus subjek university kami,tetapi kami juga secara sukarela menabur bakti untuk pendidikan masyarakat asli sendiri. Banyak manfaat yang kami kecapi sepanjang berlangsungnya JM kami kali ini. Antaranya saya dapat mengetahui serba sedikit budaya dan cara hidup masyarakat asli itu sendiri. Walaupun kami hanya melaksanakan aktiviti bersama dengan murid-murid sekolah rendah,tapi kami tetap dapat merasai sosiobudaya masyarakatnya yang unik baik dari segi bahasa mahupun cara pemikiran mereka. Antara perkataan baru yang saya perolehi ialah kus (bangun) , gaiy (duduk) , amek (ibu) , appa (ayah) dan lain-lain lagi. Yang paling seronoknya , murid-murid di skck sangat sangat membantu saya dan para fasi yang lain untuk mempelajari bahasa mereka.
          Sesungguhnya program PUMA kali ini sangat memberi seribu satu kenangan khususnya buat diri ini . Melalui program inilah saya dapat melihat kerjasama yang sangat terbaik dan mantop dari ahli jawatan kuasa PUMA, penyelaras yang sangat membantu , murid-murid SKCK yang sangat supporting dan daripada pihak SK Cenderung Kelubi yang sangat support kami . Alhamdulillah J
          Harapannya moga selepas ini kami dapat meneruskan lagi kesinambungan kami dalam mendekati dan menjalinkan hubungan dengan masyarakat orang Asli sendiri insya Allah . Dan andai diberi peluang untuk melaksanakan sekali lagi program bersama dengan adik-adik dari SKCK,pasti kamu sambut jemputan itu dengan tangan yang sangat terbuka :D
          Tahniah dan terima kasih buat semua yang telah menjayakan PUMA pada kali ini.
Sayang semua J

REFLEKSI DIRI NOR AINA

NOR AINA BINTI MOHAMAD RUZAINI
IEB 150036

Kursus Jalinan Masyarakat adalah satu program yang menggalakkan mahasiswa untuk berbakti kepada masyarakat dengan melakukan program-program yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat. Saya berasa sangat beruntung kerana diberikan kesempatan ini untuk melakukan Program  Jalinan Masyarakat bersama murid orang asli di SK Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang, Perak. Program ini telah memberi peluang kepada saya untuk melihat sendiri bagaimana murid orang asli mendapat pendidikan. Ternyata pihak kerajaan sangat mementingkan pendidikan kepada kaum orang asli. Kenyataan ini jelas terbukti sudah ramai orang asli yang telah berjaya ke menara gading dan bekerja di sektor kerajaan.
Selain itu, Program Jalinan Masyarakat Bersama Murid Orang Asli ini telah membuka minda saya bagaimana untuk menarik minat mereka terhadap pelajaran. Hal ini kerana, murid orang asli tidak suka kepada perkara-perkara yang membosankan. Untuk melakukan aktiviti bersama mereka, saya bersama kawan-kawan perlu melakukan aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk mengikuti program tersebut selama dua hari. Sebelum program bermula, kami semua mendengar taklimat dari pihak sekolah. Semasa ucapan Guru Besar, beliau memberitahu bahawa untuk menarik minat murid orang asli ini ada 3 perkara iaitu makan, main dan muzik. Jadi, aktiviti yang telah dilakukan adalah berdasarkan 3 perkara tersebut iaitu mempunyai muzik dan permainan. Muzik yang kami pilih sebagai lagu tema adalah bertajuk ‘Aku Merdeka’ supaya dapat menarik minat mereka untuk berjaya berdasarkan lirik lagu tersebut. Manakala aktiviti yang kami selitkan dalam permainan adalah berunsurkan motivasi. Tujuannya, adalah untuk membuka minda mereka supaya berfikir untuk Berjaya di masa hadapan. Semasa akhir program ini, kami memberi  hadiah hamper makanan untuk menarik minat mereka supaya mengikuti program dengan jayanya .
Seterusnya, pengalaman saya  menjadi setiausaha program jalinan masyarakat  mengajar saya supaya cepat bertindak apabila hendak menjalankan sesuatu program. Saya perlu menguruskan surat –menyurat kepada pihak yang terlibat. Sekiranya saya bertindak lambat untuk urusan surat –menyurat menyebabkan program akan ditunda ke tarikh yang seterusnya. Hal ini, akan menyusahkan semua pihak yang terlibat.  Sebagai seorang  setiausaha, saya harus bersikap fleksible dengan tidak menghadkan skop kerja saya kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kertas kerja dan surat menyurat sahaja. Sebaliknya, saya turut membantu biro-biro lain yang memerlukan bantuan . Dalam erti kata lain, Jalinan Masyarakat juga telah mengajar saya kemahiran-kemahiran seperti befikir dengan cepat dan logik, serta mengambil  tanggungjawab dengan jujur.

Kesimpulannya, Program  Jalinan Masyarakat bersama murid orang asli, adalah satu program yang berjaya. Program ini telah mendapat sambutan dari pihak sekolah dan juga murid-murid sekolah orang asli tersebut.  Program-program seperti ini harus diteruskan supaya para graduan pada masa hadapan tidak menjadi individu yang hanya mementingkan diri sendiri.

REFLEKSI DIRI SUHANA


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat illahi dengan limpah dan rahmat-Nya dapat saya menjalankan satu kursus yang menjadi kewajipan kepada semua mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Islam (SMPI) Tahun Pertama Semesta Kedua iaitu Kursus Jalinan Masyarakat .
Lantaran itu, penasihat jalinan masyarakat kumpulan 3 ialah Dr Asyraf Isyraqi. Beliau telah memberi maklumat dan dorongan sebelum menjalankan kursus ini. Saya Siti Nur Suhana Aziz , IEB150075 merupakan timbalan pengarah untuk krusus ini amat menghargai segala pengorbanan dan sokongan Dr, pengarah, dan semua ahli AJK .
Sebagaimana sedia maklum bahawa segala aktiviti yang hendak dijalankan perlulah mempunyai ketua dan timbalan. Jadi, saya sebagai timbalan berperanan bagi membantu pengarah dalam mengendalikan program ini. Saya cuba setakat yang mampu dalam menguruskan permasalahan AJK dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
Program jalinan masyarakat kami sebenarnya akan berlangsung pada 30 April sehingga 1 Mei 2016 di kampung Mancung Hulu Selangor. Malang sekali kami tidak dapat beraktiviti di sana kerana mempunyai sedikit masalah teknikal dan kami cuba mencari penyelesaian masalah dengan berbincang dan akhirnya kami mendapat kata sepakat untuk mengadakan program di SK Chenderong Kelubi, Perak pada 7-8 Mei 2016.
Walaupun kami mempunyai kesuntukkan masa dalam menyediakan aktiviti untuk program ini tetapi dimana ada kemahuan di situ ada jalan dimana, kami pihk MT cuba menolong biro pengisian dalam menyediakan aktiviti yang menarik dan dapat membina hubungan yang erat di anatara adik-adik di SK Chenderong Kelubi. Selain itu, dengan kerjasama daripada semua ahli AJK dalam melaksanakan tugasan dan keperluan masing-masing semua peralatan dan keperluan untuk berprogram dapat disediakan dengan jayanya.
Saya juga telah mengiringi biro pengangkutan ke UM Central untuk menunjuk arah serta mengambil ahli JM ke kolej kediaman seawal 7:00 pagi. Selanjutnya , setibanya kami di SK Chenderong Kelubi betapa meriahnya kami diraikan dengan pancaragam yang sangat menakjubkan.
Seterusnya, segala perancangan dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Serta saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh AJK. Bagi saya objektif yang kami bawa tercapai dan dapat diteruskan lagi untuk aktiviti seterusnya. Krusus ini amat bernilai dan memberi pelbagai pengalaman baru kepada diri saya sendiri khususnya.
Terima kasih saya ucapkan kepada penasihat kerana memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan program ini dengan kerjasama semua pihak terutamanya pihak SK Chenderong Kelubi. Saya memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa kepada semua ahli dan itu sahaja yang mampu saya menyumbang. Syukran jazilan.

REFLEKSI DIRI MOHD SAIFUL

Mohamad Saiful bin Ramli
IEB 150023

Assalamualaikum w.b.t.
Salam perjuangan menjulag PUMA , salam perjuangan menyulam mahabbah..

           Kursus Jalinan Masyarakat merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam menjadikan mahasiswa/wi lebih proaktif serta mampu untuk meningkatkan kemahiran komunikasi di samping bersosial dengan masyarakat. Semestinya melalui pelaksanaan kursus ini sedikit sebanyak memberi impak kepada mahasiswa/si itu sendiri dan juga masyarakat yang terlibat bertitik tolak daripada program yang dijalankan. Malah program yang dianjurkan juga mampu untuk memperkenalkan budaya mahasiswa/si university seterusnya memperkenalkan universiti kepada masyarakat luar.

          Bagi kumpulan Jalinan Masyarakat yang diketuai oleh saya sendiri , dalam meniti hari kea rah program , terdapat banyak perkara yang dapat saya pelajari selaku seorang ketua atau pengarah program. Segala permasalahan dan cadangan di bawa berbincang bersama ahli-ahli melalui mesyuarat yang dijalankan. Malah , saya juga dapat merasakan kerjasama yang padu daripada semua pihak dalam menjayakan program serta memastikan perjalanan program mulus pada hari program berlansung. Tambahan pula , saya mendapati ahli-ahli kumpulan mampu bertindak pantas apabila berlakunya pindaan atau pertukaran program. Hal ini membuktikan bahawa mahasiswa/si Universiti Malaya bukan calang-calang orang yang biarpun hanya dalam masa seminggu mampu untuk merangka satu program yang baharu bagi mengatasi beberapa masalah yang dihadapai. Program yang dilaksanakan disekolah murid orang asli , Sekolah Kebangsaan Chenderong Kelubi pastikan mempunyai cerita sendiri yang tidak mampu diungkapkan dengan kaa-kata.

       Seterusnya , sekitar hari program berlansung saya berasa teruja dan terharu apabila program kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan baik daripada pihak sekolah , masyarakat serta ahli-ahli saya sendiri yang sentiasa mengerah keringat sepanjang hari program. Terdapat nilai yang saya pelajari daripada masyarakat di sana iaitu nilai menepati masa. Apabila saya melihat pihak di sana amat menepati waktu , maka sepatutnya kita bergela anak watan negara perlu untuk mencontohi sikap yang murni ini. Sepanjang program tiada penat lelah yang saya rasai kecuali kepuasan menyebarkan manfaat buat masyarakat di  sana yang sudi untuk mendengar dan mengambil iktibar daripada program Jalinan Masyarakat.

       Rangkumannya , pengalaman yang amat bernilai yang saya peroleh daripada program Jalinan Masyarakat semestinya akan tersemat. Segala ibrah dan nilai yang positif akan saya praktikkan dalan kehidupan dan segala kekurangan akan dibaiki demi memastikan program yang akan datang lebih baik dari sebelumnya. Moga-moga manfaat yang kami sebarkan untuk masyarkat di sana mampu dijadikan iktibar dan juga kenangan bersama masyarakat di sana tidak akan saya lupakan.
Sekian , terima kasih.

Salam mahabbah buat masyarakat Orang Asli Chenderong Kelubi

RERLEKSI DIRI

SESI BERGAMBAR DAN BERSURAI

Sesi bergambar ajk pelaksana dengan peserta, VIP dan kakitangan sekolah. Sesudah sahaja sesi bergambar, pada jam 1.30 petang. Peserta dan ajk ke kantin untuk makan petang bersama. Selepas makan, ajk dan peserta bersalam-salaman serta besrsurai. Kesemua ajk bergegas pula mengemaskan peralatan dan kawasan aktiviti. Kesemua peralatan disemak lagi sekali supaya tidak ada yang tertinggal. Kesemua ajk solat berjemaah terlebih dahulu. Sebelum menaiki bas, kesemua ajk bersalaman dengan pihak sekolah, pihak kantin dan mengucapkan penghargaan kami yang tidak terhingga kepada mereka. Kami bertolak pulang ke UM jam 2.30 petang dan sampai di UM jam 5.30 petang.

13116382_1176680895699357_2358106039780205838_o (1).jpg

MAJLIS PENUTUPAN

12.00 tengah hari

 Majlis perasmian penutup dihadiri oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah, Guru besar, barisan guru-guru, wakil pensyarah dan sebilangan kecil penduduk kampung.


 Pendidikan Daerah dijemput khas sebagai perasmi majlis penutup

  Pensyarah kedua kami Dr. Asyraf Isyraqi bin Jamil turut serta dalam Majlis Perasmian Penutup sebagai wakil dan setiausaha pihak Rabitah Antarabangsa Alumni al-Azhar Malaysia (WAAG Malaysia)

  Pendidikan Daerah dijemput khas sebagai perasmi majlis penutup

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh wakil Pejabat Pendidikan Daerah diiringi Guru Besar. Kesemua kumpulan peserta mendapat hadiah berbentuk hamper yang disediakan oleh unit cenderamata. Tidak lupa juga, pihak penganjur program telah membuat pertukaran hadiah dengan pihak sekolah serta saguhati penghargaan kepada VIP